Header Ads

Tak betul! Ustaz Azhar Idrus nafi isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai

Sepanjang minggu ini, kenyataan daripada seorang pempengaruh media dikenali Abang Tesla “isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai” sehingga membuatkan golongan wanita ‘panas hati’.

Mana tidaknya, dalam video deeptalk tular, pemilik nama  Muhammad Khal Iltizam Yusry mengakui apa yang dikatakan oleh ustaz mengenai kenyataan ‘panas’ adalah  benar dan dirasai sendiri.

“Ada yang tanya, kalau sayang kenapa kahwin dua. Saya rasa apa yang ustaz cakap itu sama, isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai. Itu yang saya dapat, bila saya jauh saya rasa benda itu.
“Mungkin ramai yang salah tafsir soal poligami, ramai perempuan di luar sana kata tidak adil. Allah itu Maha Adil, perempuan senang masuk syurga, senang masuk neraka.
“Kenapa senang masuk syurga? Perempuan nak masuk syurga hanya taat pada Allah dan suami. Kenapa senang masuk neraka? Sebab perempuan tidak taat pada Allah dan suami,”katanya sebelum ini.
@duniacintakita_

Part 2 : Abang Tesla Kahwin 2 #duniacintakita #fyp #abangtesla

♬ original sound – Dunia CINTA Kita – Dunia CINTA Kita

Mana datangnya dalil “Isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai?”

Terbaharu, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) terpanggil untuk menjawab kenyataan yang telah membangkitkan kemarahan para isteri sejak kebelakangan ini.

Dalam ceramahnya, Ustaz Azhar Idrus mempersoal dari manakah datangnya istilah tersebut, sama ada menerusi hadis atau sebaliknya.

Tegas Ustaz Azhar Idrus, ayat tersebut adalah tidak benar sama sekali dan mengingatkan untuk menyemak dengan dua sumber sahih iaitu al-Quran dan hadis sahaja bagi mengelakkan terpesong akidah.

“Jawapannya betul, orang ini sudah tidak betul. Ni siapa? Hadis ke apa? Ini perkataan netizen. Hidup kita kena ikut netizen atau hadis? Kita ikut netizen, sesatlah kamu, jumpa di api neraka nanti.
“Aku tinggalkan kamu dengan dua perkara, selagi kamu ikut dua perkara iaitu al-Quran dan hadis, maka kamu tidak akan sesat. Kalau tak ikut, pasti sesat.
“Mana ada isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai, sesuka hati sahaja cakap.
“Kenapa nak cakap pelik-pelik? Ada pula untuk dihargai, bukan, jangan begitu. Siapa yang menjadi isteri pertama, dia yang jadi mangsa. Terasa hati orang. Apa benda status bodoh macam ni, “ulas Ustaz Azhar Idrus.

Kedua-dua isteri adalah tanggungjawab suami

Jelas Ustaz Azhar Idrus, kedua-dua isteri tersebut sebenarnya di bawah tanggungjawab seorang lelaki dan merekalah (lelaki) yang bakal disoal kelak di akhirat.

“Sebab itu Nabi berkata, suami yang baik, bukan isterinya dua, tiga, satu, tidak. Tidak kira seberapa ramai isteri dimiliki, asalkan harus, suami yang baik dan suami yang paling banyak berbuat baik kepada isterinya. 
“Kamu semua orang beriman, terbaik. Orang kafir, tidak baik. Kamu terbaik kerana kamu beriman. Tapi antara kamu yang beriman dan terbaik adalah yang paling baik dengan bini (isteri) dia. 
“Kalau ucapan kita menyakiti hati seorang isteri, adakah kita suami terbaik? Sepatutnya kita bercakap sesuatu perkara yang menyenangkan hati isteri, mesej sahaja menggembirakan hati. Ini nak kahwin dua, tapi rumah bini muda sampai tiga hari duduk, rumah bini tua, tak sampai sehari,”katanya lagi.

Sumber: YouTube Ustaz Azhar Idrus Official

The post Tak betul! Ustaz Azhar Idrus nafi isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/dbzuyUK
sumber : ohmymedia.cc

No comments