Header Ads

“Tutup aurat ni wajib, tiada alasan tak mahu hipokrit & nak jadi diri sendiri” – Imam Muda Hassan

Pendakwah bebas, Imam Muda Hassan Adli tampil menegaskan bahawa menutup aurat itu adalah perkara wajib ke atas setiap wanita Islam.

Menurut laporan Harian Metro, hukum wajib tersebut tidak digugurkan meskipun membuka tudung dengan alasan tidak mahu hipokrit dan ingin menjadi diri sendiri.

“Dalam apa keadaan pun, tiada alasan untuk nak kata tak wajib, sebab ia wajib. Jadi, siapa yang tidak menutup aurat itu, haram.
“Memakai tudung dan menutup aurat itu wajib. Tak ada alasan untuk tidak memakainya bagi wanita Islam. Sebagai contoh juga, solat lima waktu yang hukumnya wajib dilakukan.
“Jadi, kita tidak bolehlah kata, saya tak nak solat sebab tak ikhlas, tak nak solat sebab suka berjudi, tak nak solat sebab saya riak, pelbagai alasan itu tidak boleh diterima sebab hukumnya wajib.
“Tetap kena solat dalam apa jua keadaan dan tak alasan untuk kita tak nak buat,” kata juara  juara program realiti Imam Muda musim kedua (IM2) itu.

Beliau berkata, mendirikan solat juga tidak akan gugur hukumnya sama seperti menutup aurat yang menjadi perkara wajib untuk dilakukan.

“Di sini, apa-apa situasi pun tak boleh kita kata hipokrit, tak hipokrit, riak, tak riak ke sebabnya, hukum tetap hukum, wajib tetap wajib,” ujarnya.

Tambahnya, seseorang wanita itu perlu melaksanakan dengan bersungguh-sungguh jika nekad berhijrah menutup aurat dan bukan berhenti di pertengahan jalan kerana bimbang mempermainkan agama pula.

“Apapun, tudung ini kalau nak berfesyen tiada masalah. Dalam Islam, tak adalah sampai tak boleh ikut fesyen langsung. Masih boleh berfesyen, tinggal lagi jangan sampai melampau-lampau. Cukup sekadar berpada-pada.
“Maksudnya, selagi mana fesyen itu cukup syarat menutup aurat. Kemudian, tidak melampaui batas, pada saya ia okay lah.
“Pada masa kini, didapati pemakaian tudung dalam kalangan segelintir wanita termasuk golongan selebriti umpama mengikut ‘trend’.
“Apabila mahu memakainya, mereka pakai. Kemudian apabila tidak mahu, ditanggalkan begitu saja dengan alasan tertentu seperti ingin menjadi diri sendiri,” jelasnya.

Terdahulu, beberapa selebriti mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab dengan berkongsi gambar di laman Instagram sekali gus mengundang kejutan pengikut mereka.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin), Instagram Imam Muda Hassan

The post “Tutup aurat ni wajib, tiada alasan tak mahu hipokrit & nak jadi diri sendiri” – Imam Muda Hassan appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/aehAgJz
sumber : ohmymedia.cc

No comments