Walau dah berpisah, Diana dan Farid tetap bekerjasama besarkan anak-anak, “Dia bapa yang baik”
Walaupun sudah tidak tinggal sebumbung dan mahkamah sudah mengeluarkan perintah hak penjagaan penuh anak-anak kepadanya.
Pelakon dan penyanyi popular, Diana Danielle tetap akan bekerjasama bersama bekas suaminya, Farid Kamil untuk membesar dan mendidik anak-anak.
Menerusi laporan daripada Harian Metro, Diana berkata, Farid masih ada sebagai bapa kepada kedua cahaya mata mereka dan dia tidak akan membesarkan anak seorang diri.
Diana masih ada Farid untuk besarkan anak
“Saya masih ada dia (Farid) yang membesarkan bersama saya walaupun kami dah tak tinggal serumah,” tambah Diana.
Pelakon berusia 32 tahun ini juga yakin Farid adalah bapa yang baik dan mereka akan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk membesarkan anak-anak.
“Farid bapa yang baik”
“Saya yakin dia adalah bapa yang baik. Itu anak-anak kami, jadi kami akan bekerjasama sebagai satu pasukan,” katanya.
Taknak berebut-rubut jaga anak
Menurut Diana, dia tidak mahu berebut-rebut dan akan memastikan komunikasi antara dia dan Farid sesuatu yang peribadi buat mereka.
Malah, dia tidak mahu timbul sebarang perselisihan faham pada masa akan datang sekiranya dia terlalu berkongsi mengenai komunikasi antara mereka.
“Apa-apa saja komunikasi yang kami buat mengenai anak-anak, semuanya kami simpan untuk kami sendiri selesaikan,” ujarnya.
Masih menjaga namanya dan Farid
Selain itu, Diana juga berkata, mereka berdua punyai nama yang besar dan ramai orang menghormati mereka. Dia tidak mahu disebabkan perkara tersebut orang akan hilang rasa hormat kepada mereka berdua.
Sebagai info, Farid dan Diana telah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu.
Hasil perkahwinan ini, mereka telah dikurniakan sepasang anak iaitu Muhammad dan Aurora.
Sumber: Harian Metro Syafil Syazwan Jefri
The post Walau dah berpisah, Diana dan Farid tetap bekerjasama besarkan anak-anak, “Dia bapa yang baik” appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/MikXBy4
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment