Header Ads

Baru dapat sijil pengesahan nikah, suami terkejut ‘dimadukan’ isteri

Seorang lelaki berusia 47 tahun, Rahaman Mohamed Jaafar mendedahkan bahawa dirinya telah ‘dimadukan’ isteri apabila mengetahui bahawa wanita tersebut telah bernikah dengan lelaki lain di Terengganu pada April lalu.

Suami ‘dimadukan’ isteri awal Januari lalu

Memetik laporan dari Harian Metro, peniaga berkenaan memaklumkan telah berkahwin dengan seorang wanita berusia 32 tahun di di Narathiwat, Thailand pada Januari 2019 sebelum menghilangkan diri sekitar Januari tahun ini.

Ujar Rahaman, perkahwinan mereka sah dari segi syarak oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 6 Jun lalu dan didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah.

“Bagaimanapun selepas kehilangan isteri Januari lalu, saya mendapat tahu di media sosial pada April lalu bahawa dia berkahwin dan perkara itu agak mengejutkan kerana saya tidak pernah menceraikannya… kami masih suami isteri.
“Selepas saya membuat semakan, saya dapati isteri ada membuat permohonan untuk berkahwin dengan lelaki lain yang berusia 42 tahun di Pejabat Agama Besut, Terengganu pada April lalu.
“Dia dipercayai menggunakan surat cerai dengan suami terdahulu iaitu sebelum berkahwin dengan saya,” katanya.

Menfailkan tuntutan faraq nikah isteri & suami kedua

Susulan daripada itu, dia telah memfailkan tuntutan faraq nikah antara isterinya dan suami kedua selepas mengetahui bahawa dirinya ‘dimadukan’.

Susulan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada Ogos lalu membuat keputusan memerintahkan isteri saya selaku defendan pertama dan suami keduanya yang juga defendan kedua difaraqkan sementara.

“Mereka tidak dibenarkan tinggal bersama sebagai suami isteri sehingga kes kami selesai dibicarakan,” ujarnya.

isteri madukan suami

Kredit foto: Harian Metro

Nafi pernah lafaz talak tiga keatas isteri

Terdahulu, peniaga berkenaan telah hadir ke  Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah bagi prosiding keputusan lafaz cerai talak tiga yang difailkan isterinya.

Namun begitu Rahaman menafikan bahawa dia pernah membuat lafaz berkenaan dan Hakim, Ahmad Hariri Mohd Saat kemudiannya memberikan tempoh 14 hari kepada Rahaman untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan isterinya.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan isteri. Empat tahun kami berkahwin, baru beberapa bulan saya mendapat sijil nikah, namun akhirnya saya ‘dimadukan’.
“Saya percaya pejabat agama mengeluarkan kebenaran berkahwin terhadap isteri saya dengan suami keduanya kerana perkahwinan kami di luar negara dalam proses pengesahan di sini,” jelasnya.

isteri madukan suami

Kredit foto: Sinar Harian

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim), YouTube Harian Metro 

The post Baru dapat sijil pengesahan nikah, suami terkejut ‘dimadukan’ isteri appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/U5sz7uP
sumber : ohmymedia.cc

No comments