Header Ads

Bawa watak wanita ditindas, Tiz Zaqyah dinobatkan aktres terbaik AACA

Pelakon Tiz Zaqyah meluahkan rasa syukur apabila dinobatkan sebagai Aktres Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia 2023 (AACA 2023) menerusi lakonannya dalam drama Liar.

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama Siti Zaqyah Razak mendapat tahu kemenangan yang juga pengiktirafan buatnya selepas 17 tahun dalam bidang lakonan menerusi penerbit dan pengarah siri berkenaan.

Ketengahkan hak wanita

Tambah aktres berusia 34 tahun itu lagi, drama Liar mengetengahkan hak kaum wanita dan memberi inspirasi kepada mereka untuk bersuara apabila ditindas.

“Alhamdulillah, kejayaan ini cukup bermakna buat saya dan seluruh pasukan produksi drama bersiri ini.
“Drama bersiri ini menarik kerana ia mengetengahkan hak wanita dan semua wanita juga ada hak untuk bersuara bila berlaku penindasan dalam hidup.
“Saya berharap drama bersiri Liar ini akan memberi inspirasi dan motivasi kepada penonton,” katanya.

Bawa watak mangsa rogol

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri popular Nur Kasih itu mengulas wataknya sebagai Lara Sulaiman yang juga mangsa rogol dalam drama Liar.

“Watak Lara sangat mencabar kerana sebagai wanita menjadi mangsa rogol adalah sangat sensitif.
“Saya juga banyak bermain emosi dan berperang dengan masalah kesihatan mental untuk menjiwai watak terbabit,” ujarnya.

Drama bersiri sebanyak 12 episod itu merupakan adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller di Akademi Seni Filem dan Televisyen British (BAFTA) dan British Screenwriters’ Award.

Kejayaan tersebut membuktikan Tiz berjaya menewaskan calon lain di rantau Asia Pasifik seperti Australia, China, Hong Kong, India, Jepun, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea dan Taiwan.

Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal), Instagram Tiq Zaqyah

The post Bawa watak wanita ditindas, Tiz Zaqyah dinobatkan aktres terbaik AACA appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/fghjuO1
sumber : ohmymedia.cc

No comments