Header Ads

Ebit Lew fail saman fitnah terhadap Caprice & Mondy Tattoo

Personaliti dakwah, Ebit Lew memuat naik satu perkongsian dengan memberitahu telah menfailkan saman fitnah terhadap influencer terkenal, Caprice dan TikToker Indonesia, Mondy Tatto.

Ebit Lew fail saman fitnah

Dalam posting yang dibuat di media sosial, pemilik nama sebenar Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew berkongsi gambarnya bersama peguam terkemuka, Datuk Akberdin Abdul Kader bagi berdepan kes ini.

Peguam Dato’ Akberdin

Ujarnya, saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Shah Alam sebentar tadi. Dia yang berjubah putih dan memakai kopiah sempat bergambar bersama peguam dan dikongsikan di media sosial miliknya sebagai makluman kepada semua.

“Peguam saya Dato Akberdin telah memfailkan saman fitnah kepada Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam tadi,” tulis Ebit Lew.

Terdahulu, Caprice telah mencabar personaliti dakwah berkenaan untuk segera menghantar surat saman kepadanya susulan beberapa dakwaan mengatakan bahawa Ebit telah melakukan jenayah seksual terhadap TikToker Indonesia yang pernah dibantunya.

Artikel lain: Caprice tak gentar, cabar Ebit Lew hantar segera surat saman terhadap Mondy Tattoo

Hal ini susulan laporan polis yang dibuat Ebit setelah tular podcast Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli dengan Mondy Tatto yang menceritakan ‘kisah gelap’ berkaitan personaliti dakwah berkenaan.

Namun, Caprice yang lebih dahulu telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut tetap dengan pendiriannya yang ingin membongkar tindakan keji dpercayai dilakukan oleh Ebit Lew terhadap Mondy.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain juga mengesahkan bahawa Ebit Lew akan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Setakat ini, 13 orang saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sumber: Instagram Ebit Lew

The post Ebit Lew fail saman fitnah terhadap Caprice & Mondy Tattoo appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/xW3tIFk
sumber : ohmymedia.cc

No comments