Header Ads

Engku Emran akui kesabaran diuji, banyak fitnah berhubung isu cerai kali ketiga

Perkahwinan antara kakak selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila bersama bekas suaminya Engku Emran telah berakhir selepas hampir tiga tahun melayari rumah tangga.

Namun begitu, terdapat sesetengah pihak yang melemparkan tuduhan tidak berasas dan seolah-olah menghakimi Engku Emran kerana kegagalan perkahwinan kali ketiga ini.

Tidak berdiam diri, ahli perniagaan berusia 48 tahun itu meluahkan rasa terkilan serta berkongsi beberapa tangkap layar perbualan di WhatsApp bersama dua kenalan rapat yang dikenali sebagai Ustaz Rosli dan Kekanda Uchop menerusi Insta Story.

“Fitnah-fitnah yang bertebaran tentang penceraian kali ketiga ini betul-betul menguji kesabaran saya,” luahnya kepada Ustaz Rosli.

Kesian pada ayah dan anak

Tambah pemilik nama Engku Emran Engku Zainal Abidin itu, dia berasa simpati kepada bapa dan anak perempuannya yang terpaksa menghadapi tohmahan buruk daripada sesetengah pihak.

“Saya kesian pada ayah dan anak saya terpaksa menghadap cerita-cerita sampah macam ni,” tulisnya.

Namun begitu, dapat dilihat kedua-dua individu tersebut saling memberi nasihat dan semangat sekali gus mendoakan Engku Emran diberi ketabahan dalam menghadapi ujian.

Untuk rekod, Engku Emran pernah berkahwin dengan Nabila pada tahun 2021 namun ikatan tersebut terlerai apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sebelum itu, ahli perniagaan tersebut pernah menjadikan pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella sebagai suri hidupnya pada 8 September 2017 namun disahkan bercerai pada tahun 2020.

Bagi perkahwinan pertama pula, Engku Emran pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira pada 2007 namun hanya mampu bertahan selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang puteri bernama Engku Aleesya.

Sumber: Instagram Engku Emran

The post Engku Emran akui kesabaran diuji, banyak fitnah berhubung isu cerai kali ketiga appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/ZSUnMd1
sumber : ohmymedia.cc

No comments