Header Ads

Erra Fazira kesal dituduh dedah perangai Engku Emran – “Nak sensasi pun, jangan buat fitnah”

Selebriti Erra Fazira terkilan dengan sikap segelintir pihak membuat konten berunsurkan fitnah terhadap dirinya dan bekas suami Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek menjelaskan, dia tidak pernah mengulas mengenai sikap sebenar Engku Emran susulan penceraian lelaki tersebut dengan Noor Nabila, semalam.

Dalam pada itu, pelakon berusia 49 tahun itu memberitahu dia menghormati privasi Emran sebagai ayah kepada anak perempuan mereka iaitu Engku Aleesya.

“Jangan macam ni. Nak sensasi pun, jangan buat fitnah! Saya tidak pernah memberi sebarang komen sebegini!
“Saya hormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan,” tulisnya semalam.

Erra berkata demikian menerusi satu Insta Story bersama paparan tangkap layar artikel yang diambil dipercayai daripada laman Facebook mendakwa kononnya dia mendedahkan punca penceraian bersama ahli perniagaan tersebut.

Pada masa sama, pelakon filem Sembilu itu turut berpesan supaya tidak menjadikan perjalanan hidup seseorang sebagai sebuah gurauan kerana nasib setiap individu berbeza.

“Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bilamana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kita kelak. Sekian,” ujarnya.

Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun bercerai selepas tujuh tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya Engku Emran yang kini berusia 14 tahun.

Sumber: Instagram Erra Fazira

The post Erra Fazira kesal dituduh dedah perangai Engku Emran – “Nak sensasi pun, jangan buat fitnah” appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/BpkteIY
sumber : ohmymedia.cc

No comments