Hilang sabar cari surat tak jumpa, Ustazah didakwa lempang budak 7 tahun
Seorang guru digelar ustazah didakwa ‘lempang’ budak berusia tujuh tahun hanya kerana hilang sabar anak muridnya tidak jumpa surat ketika mencari di dalam beg sekolah.
Ustazah lempang budak 7 tahun
Menurut perkongsian sepupu budak tujuh tahun itu, keluarganya kecewa dengan tindakan ustazah ‘lempang’ di pipi kiri kanak-kanak itu dalam satu kejadian di sebuah sekolah terletak di Klang, Isnin lalu.
Mereka berkata, tindakan ‘lempang’ ustazah berkenaan terhadapnya adalah tidak munasabah sehingga mendatangkan kemudaratan.
“Sepupu saya umur tujuh tahun kena lempang dengan ustazah depan orang ramai termasuk guru lain hanya kerana dia tak jumpa surat dalam beg sekolah.
“Kejadian tersebut berlaku depan orang ramai, tetapi yang lain buat tidak tahu saja. Lepas itu, tak ada yang tanya budak itu okay ke tidak lepas kena lempang,”ciapnya.
Artikel berkaitan: Ibu bawa anak jumpa pakar psikiatri, pulih trauma dakwa dipukul guru – “Boleh mental ..”
Artikel berkaitan: Trauma nak ke sekolah, ibu terkejut dapat tahu bibir anak digigit cikgu lelaki
Artikel berkaitan: KPM sedang siasat dakwaan murid digigit guru – “Tak sepatutnya berlaku”
Pipi bengkak, dah buat laporan polis
Tambahnya, ibu mangsa terus membawa mangsa ke klinik berhampiran bagi mendapatkan pemeriksaan awal kerana bimbang akan kesan sampingan yang akan berlaku.
“Dia baru 7 tahun. Budak tu berkulit putih, memang nampak muka berbekas kena lempang. Selepas itu, ibunya bawa pergi ke klinik. Doktor pun cakap ini lempang ‘fresh’ lagi siap bengkak,”maklumnya.
“Pemeriksaan mendapati bahagian pipi kirinya (mangsa) bengkak, merah dan sakit,”menurut surat doktor.
Malah, mereka juga turut membuat laporan polis di Balai Polis Klang pada Selasa.
Guru lain terkejut tengok kesan ‘lempang’ budak 7 tahun
Dalam pada itu, dia turut berkongsi tangkapan layar WhatsApp si bapa membuat aduan mengenai anaknya dilempang ustazah berkenaan.
Guru berkenaan menyatakan dia sendiri maklum mengenai insiden berkenaan sebelum meminta gambar yang menunjukkan kesan ‘lempang’.
Difahamkan, kes berkenaan telah pun mendapat perhatian guru besar selepas ia tular di media sosial.
Sumber: X ndfna
The post Hilang sabar cari surat tak jumpa, Ustazah didakwa lempang budak 7 tahun appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/Dyhz8bd
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment