‘Mr Ragaman’ pukau 3,000 penonton, konsert ‘Aku Faizal Tahir’ memang ‘OK’!
Penyanyi hebat Tanah Air, Faizal Tahir telah konsert solo pertamanya, ‘Aku Faizal Tahir‘ yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 2 September 2023.
Konsert perdana sepanjang 17 tahun dalam industri
Konsert yang buat julung kalinya diadakan telah berlangsung lebih dua jam itu bermula pada 8.30 malam sehingga jam 11 malam.
Pastinya 3,000 penonton yang hadir sangat berpuas hati dengan persembahan yang begitu hebat daripada Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Muhammad Tahir.
Faizal telah membuka tirai konsert pada malam itu dengan membawakan lagu Mahakarya Cinta dan OK dengan gimik ‘hujan duit’ kepapada penonton sekali gus menggamatkan dewan.
Beliau juga tidak ketinggalan membawakan lagu-lagu hits dendangannya seperti Bencinta, Cuba, Sampai Syurga, Assalamualaikum, Hanyut, Ragaman dan banyak lagi.
TokTi & Alif Satar naik pentas!
Paling mencuri tumpuan sudah tentu kesudian artis nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza hadir menyokong konsert Faizal Tahir dengan naik ke pentas menerusi sesi jamming bagi berduet lagu ikonik, Dirgahayu sehingga mendapat sorakan penonton.
Tak ketinggalan, artis versatil, Alif Satar yang sama mendapat teriakkan penonton turut naik ke pentas bagi mengimbau momen istimewa bersama sahabatnya, Faizal serta berduet lagu Gemuruh.
Sampaikan 21 lagu hits
Faizal Tahir juga telah mengundang selebriti senior, Sabri Yunus bersama-sama ‘awak-awaknya’ untuk berdikir barat menerusi lagu Negaraku.
Difahamkan, Faizal Tahir telah menyampai 21 lagu hitnya sepanjang ‘Aku Faizal Tahir’ ini berlangsung.
Bagi melengkapi malam penuh kemeriahan itu, Jennifer Thompson bertindak sebagai pengarah konsert dan telah diiringi oleh 5 pemuzik termasuklah 2 pemuzik jemputan.
Selain daripada rakan arti, kehadiran komposer dan penulis lirik yang sama-sama menaikkan nama Faizal Tahir seperti Audi Mok, Shah Shamshiri serta Ezra Kong turut mencuri tumpuan.
Konsert Sulung Faizal Tahir yang berlangsung selepas 17 tahun beliau berkarya ini telah disokong rakan kolaborasi seperti Altus Prohouse, Faithful Music, JioSpace, World Trade Centre, Levep Up, YGG dan dipersembahkan oleh Allianz.
The post ‘Mr Ragaman’ pukau 3,000 penonton, konsert ‘Aku Faizal Tahir’ memang ‘OK’! appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/xm5nwqG
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment