Header Ads

Peniaga mengadu bisnes terkesan, Amir Raja Lawak mohon maaf ‘curi’ pelanggan

Usahawan dan pelawak, Amir Raja Lawak memohon maaf kepada para peniaga terutama yang menjual air balang di Kamuning dan Taiping kerana kurang senang dengan kehadirannya berniaga di sana.

Amir atau nama sebenarnya  Mohammad Amirullah Azmi membuat permohonan maaf selepas individu yang tidak didedahkan identiti mengadu perniagaan air balang yang diusahanya dan beberapa peniaga lain terkesan dengan kehadiran pelawak berkenaan.

Adu bisnes terkesan

Individu berkenaan berkata, ramai peniaga di Taiping mengadu mengatakan bisnes air balang mereka jatuh dan tidak mampu mengaut keuntungan bersih antara RM30 hingga RM40 sehari seperti sebelum ini.

“Kami meniaga untung bersih RM30 hingga RM40. Tapi bila Amir mai (datang) Kamunting, kami tiada pendapatan harian. Makan pun kurang, dengan musim hujan lagi. 
“Saya minta Amir faham ya. Anak-anak saya di rumah tidak makan, pelanggan tetap saya semua beli dekat Amir. Jadi, saya tiada pendapatan. Saya ni, berniaga pun untuk hidup,”katanya.

Peniaga adu bisnes terkesan

Artikel lain: Pembuka pintu rezeki, Amir Raja Lawak amalkan solat dan sedekah subuh

Artikel lain: Amir Raja Lawak balik raya jual air jagung, seronok layan peminat di Kelantan

Amir Raja Lawak mohon maaf

Susulan itu, pelawak berusia 34 tahun itu memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kehadirannya berniaga di kawasan tersebut.

Amir berkata, dirinya bukanlah datang untuk berniaga di kawasan berkenaan dalam tempoh yang lama, sebaliknya sementara selain membantu perniagaan sahabatnya yang kini terjejas.

“Minta maaf kepada peniaga air di sekitar Taiping/ Kamunting terutama peniaga air balang sekiranya kehadiran saya menyinggung anda semua.
“Harap pelanggan tetap tu teruslah sokong peniaga-peniaga jalanan yang anda biasa berurusan. Saya datang berniaga di Taiping dan Kamunting ni pun santai-santai sahaja. Tidaklah memberi penekanan terhadap hasil jualan sangat. Sebenarnya sambil bantu sahabat lama saya sahaja untuk mempromosikan kedai dia. Dia lagilah bersusah payah sebab overhead yang ditanggung terjejas. 
“Saya pun ada kerja lain juga nak selesaikan di sini dengan sahabat saya. Itulah tujuan saya datang ke sini,”ujar Amir.

Tambah Amir, tanggal 30 September merupakan hari terakhir dia berniaga di kawasan terbabit selain berharap peniaga lain tidak meletakkan kesalahan pada dirinya sahaja.

Amir bagaimanapun mendoakan agar segala urusan semua orang dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki.

Sumber: FB Amir Raja Lawak

The post Peniaga mengadu bisnes terkesan, Amir Raja Lawak mohon maaf ‘curi’ pelanggan appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/amLftPH
sumber : ohmymedia.cc

No comments