Sharnaaz Ahmad bukan nak perlekeh sistem JPJeBid -“Cuma mahu keadilan”
Pelakon berbadan sado, Sharnaaz Ahmad menafikan dirinya memperlekeh sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJeBid) apabila orang awam tidak berpeluang mendapatkan nombor idaman mereka meskipun sudah menunggu lama.
Sharnaaz cuma mahu keadilan buat semua!
Sebaliknya, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berharap agar semua pihak berlaku adil dalam melaksanakan tugas bagi memastikan setiap pemohon mempunyai peluang.
Tambah Sharnaaz, dirinya bukanlah meminta untuk pihak bertanggungjawab memperketatkan sistem sedia ada sehingga menyukarkan banyak pihak, sebaliknya melakukan sesuatu perkara agar tidak membuatkan pembida merasai pengalaman perit.
“Bukan nak kecoh, sesiapa sahaja pun daripada scalper itu sendiri atau pun JPJ.. bukan. Kita cuma nak adil sahaja, be fair. Kalau tak boleh tengah-tengah, atas sikit pun kita boleh terima. Faham, tak payah nak ekstrem sangat macam satu nombor plate untuk seorang rakyat sahaja, lima tahun mereka tidak boleh membeli.
“Kita tak minta pun macam tu, kita tak minta pun. Dan mungkin, ada orang mencari makan seperti ini (scalper). Tetapi orang kata, bagilah orang tidak menekan sangat. Bila tak menekan, orang tak peduli sangat. Bila menekan, orang cakap.
“Lagi satu, sistem memang hmmm macam tu lahh (luah kecewa), depa pun buat tak tau ja. Mungkin depa pun banyak kerja lain, bukan setakat nombor plate ni saja. Mungkin depa ni busy. Husnudzon. Jangan fikir, biar depa buat kerja depa,”ujar Sharnaaz.
Nak cari rezeki, biarlah berpada-pada
Bagaimanapun, Sharnaaz juga berharap agar pihak JPJ menambahbaik sistem sedia ada dari segi database sekiranya lambakan pengguna memasuki platform laman sesawang dalam tempoh yang sama.
Pelakon filem Jebat berkata, dia tidak kisah seandainya ‘scalper’ mencari rezeki ke arah tersebut, akan tetapi usahlah bersikap tamak haloba sehingga menyebabkan orang ramai terpaksa membeli dengan mereka (scalper) pada harga tidak masuk akal.
“Hang (scalper) kena faham, tidak semua orang nak kena beli dekat hampa yang dah daftar nombor pendaftaran, ada sesetengah orang kena beli nombor yang belum didaftarkan jika mereka mahu membeli kereta terpakai.
“Mereka dah tak boleh beli nombor yang sudah didaftarkan pada kenderaan lain. Contohnya aku nak beli kereta atau motosikal terpakai, aku tak boleh ambil nombor yang sudah didaftarkan pada kenderaan lain.
“Teruskan jika awak mahu mencari rezeki dalam cara seperti ini. Tiada masalah tetapi biarlah berpada-pada,”nasihat Sharnaaz.
Dalam hantaran yang sama, Sharnaaz turut meluahkan rasa syukur dan gembira apabila kemenangan berpihak pada dirinya dan berjaya mengalahkan ‘scalper’ dalam membida nombor pendaftaraan yang diimpikan.
Sumber: Instagram @sharnaazahmad
The post Sharnaaz Ahmad bukan nak perlekeh sistem JPJeBid -“Cuma mahu keadilan” appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/oVkPx01
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment