Tak perlu malu & ‘jijik, Jasmin Hamid bangga pakai kereta Wira lama
Pelakon senior, Jasmin Hamid menyatakan dirinya bangga kerana masih pakai kereta Wira ‘lama’ meskipun bergelar seorang selebriti.
Dipandang hina, Jasmin Hamid bangga pakai kereta Wira ‘lama’
Menerusi hantaran di laman Instagram, Jasmin Hamid menyatakan dia rasa bangga kerana masih ‘pakai’ kereta Proton Wira lama.
Ia berikutan dirinya pernah dipandang hina dan digelar artis miskin kerana membawa ‘Bobob’ (nama manja kereta) selepas ia kembali dan dibawa berjalan.
Dalam hantaran tersebut, Jasmin Hamid dilihat gembira menaiki Bobob sambil menemani suaminya, Nazmir Abd Rahim memandu kereta Wira lama itu.
“Alhamdulillah, my FELARI (kereta Wira) dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun dia ditidurkan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nama dia Bobob, kamu semua.
“Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget (hina dan rendah) pada saya.
“Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?” Itulah dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar,”luahnya.
Artikel lain: Hidap kanser rahim, Jasmin Hamid mohon doa sihat & selamat jalani pembedahan
Haram ke pakai Wira lama?
Tindakan tersebut membuatkan anak jati Jengka, Pahang tertanya-tanya sama ada memakai kereta lama itu menjadi satu kesalahan terutama di kalangan selebriti.
Jasmin berkata, dirinya tiada masalah untuk menaiki Bobob kerana ia mempunyai nilai yang amat bernilai dalam hidupnya.
“Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk? Saya okey sahaja pakai Wira lama. Kenapa pula awak nak rasa alergi? Biarlah, Saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya.
“Bobob ada nilai ‘sentimental’ pada saya,”ujar Jasmin.
Pelakon drama Cukup Derita Itu meminta individu yang memandang rendah terhadap selebriti yang menaiki kereta model lama untuk menghentikan persepsi negatif mereka.
Jasmin juga sempat berseloroh berserta nada sinis bertanya sama ada individu yang meninggalkan kata-kata negatif itu mahu menghadiahkan kereta baharu atau sebaliknya.
“Pada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baru untuk saya ke? Kalau tak, tutup mulut dan telinga tu rapat-rapat.
“Tapi sikit, Bobob nak lalu ni (emoji kereta). Hebat bukan?”selorohnya.
Kereta mewah tak melambangkan kekayaan
Rata-rata warganet juga sependapat dengan aktres tersebut dengan mengatakan memiliki kenderaan mewah bukanlah melambangkan kekayaan seseorang.
Tidak kurang juga ada warganet mengatakan kereta Wira versi itu jauh lebih baik kerana ia selesa dinaiki ke mana-mana sahaja.
Sumber: IG Jasmin Hamid
The post Tak perlu malu & ‘jijik, Jasmin Hamid bangga pakai kereta Wira lama appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/Ap9LHKm
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment