Header Ads

Teruja dapat ‘selfie’ dengan Agong, ramai terhibur lihat makcik diminta kawal perasaan

Ketika ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan keluarga baginda sedang berada di Borneo bagi bertemu masyarakat disana menerusi Kembara Kenali Borneo.

Banyak momen manis dikongsi di media sosial

Pelbagai momen manis dan menghiburkan ketika baginda berada di sana memandangkan masyarakat-masyarakat Borneo sangat teruja dengan kehadiran YDP Agong.

Sempat berselfie dengan rakyat

Salah satu video yang tular memperlihatkan keterujaan masyarakat Borneo dengan kehadiran YDP Agong adalah ketika baginda mengajak seorang wanita berswafoto yang ditemui di tepi jalan sewaktu menunggu kenderaan yang membawa baginda melalui kawasan tersebut.

@fitri_yanaaa

😂😂#jelajaborneo #daulattuanku #Ydpa #fypdongggggggg

♬ original sound – ShallumAdventures – Shallum Trades

Makcik cuba sentuh Agong, pengawal minta kawal perasaan

Menerusi perkongsian akaun TikTok dikenali sebagai fitri_yanaaa, ramai terhibur melihat keterujaan seorang makcik yang dapat berswafoto dengan YDP Agong sehingga mahu menyentuh baginda.

Walau bagaimanapun, ketangkasan pengawal yang mengawasi baginda sepanjang kembara tersebut telah menghalang sebarang sentuhan dan meminta makcik berkenaan mengawal sedikit perasaan terujanya.

Perkongsian itu telah menghadirkan pelbagai komen lucu warganet terhadap kelakuan spontan wanita tersebut kerana tahu perasaan teruja dapat bertemu Ketua Negara Malaysia.

Seronok betul makcik

Belum Putera Raja yang datang lagi tu

Tidur luar la makcik malam ni

Untuk rekod, Kembara Kenali Borneo ini akan berjalan selama 11 hari dan sudah bermula sejak 3 September 2023 yang lalu dan akan berakhir pada 14 September 2023 nanti.

Sumber: TikTok fitri_yanaaaa, Instagram Istana Negara 

The post Teruja dapat ‘selfie’ dengan Agong, ramai terhibur lihat makcik diminta kawal perasaan appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/0zhtS2N
sumber : ohmymedia.cc

No comments