Header Ads

Tular video konsert, Baby Shima anggap gelek biasa – “Apa ditonjolkan tak sampai 50%”

Penyanyi dangdut Baby Shima sekali lagi mendapat perhatian warganet ketika membuat persembahan di Konsert HAUSBOOM Music 2023, pada Sabtu.

Pemilik nama Nor Ashima Ramli itu dilihat mengenakan pakaian berwarna kelabu yang dikatakan agak mencolok mata selain menari gelek sambil menyanyikan beberapa buah lagu.

Akibatnya, aksi penyanyi berusia 30 tahun itu menerima kecaman hebat daripada netizen selain dituduh tidak sensitif sebagai seorang wanita beragama Islam.

Memetik laporan Berita Harian, penyanyi lagu Roadblock Hatiku itu bagaimanapun merasakan bahawa gelekan yang dilakukan merupakan aksi biasa bagi persembahan dangdut.

“Sebenarnya saya tak tahu video gelekan menjadi viral dan dilihat keterlaluan. Apa yang dikongsikan dalam laman sosial hanyalah potongan video persembahan diambil pelbagai sudut
“Video tular diambil dari arah belakang, jadi kelihatan keterlaluan. Sekiranya melihat persembahan secara langsung, mereka dapat lihat gelekan saya tidaklah teruk sangat,” katanya.
@beritahairanmy

#babyshima memeriahkan konsert #hausboommusic2023

♬ original sound – BERITA HAIRAN – BERITA HAIRAN

Dalam pada itu, Shima memberitahu rata-rata penonton yang hadir dalam konsert tersebut kelihatan terhibur dengan persembahannya.

Walau bagaimanapun, dia sebagai penghibur hanya menjalankan tanggungjawab diamanahkan penganjur sebaiknya dan tiada niat mencabar mana-mana pihak.

“Saya tak cabar mana-mana pihak, walaupun saya tahu apa sahaja yang dilakukan pasti ada yang tak kena di mata netizen.
“Sedangkan jika mengikut dangdut sebenar, gelekan lebih dahsyat lagi. Apa yang ditonjolkan tak sampai 50 peratus,” tambahnya.

Terdahulu, Shima pernah dikecam atas isu yang sama di sebuah majlis rumah terbuka Aidilfitri namun sempat memberi penjelasan untuk menjernihkan keadaan.

Sumber: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin), Instagram Baby Shima, TikTok @beritahairanmy

The post Tular video konsert, Baby Shima anggap gelek biasa – “Apa ditonjolkan tak sampai 50%” appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/PxHlmD1
sumber : ohmymedia.cc

No comments