Bukti ada kerja, adik lelaki Shila Amzah akhirnya ke China
Selepas reda kontroversi membabitkan ahli keluarga, adik lelaki kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Syafiq akhirnya berlepas ke China atas urusan kerja pada Sabtu lalu.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Syafiq berkata dia sepatutnya berlepas ke China pada 19 Oktober lalu namun disebabkan isu keluarganya, dia terpaksa menukar tarikh berlepas.
@_benamir Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan usia. Syukur. Hari ni fly ke china. Terpaksa delay flight. Patut 19hb hari tu. Di sebabkan fitnah dr pihak2 yg tidak bertangungjwb, menyebabkan tergendala kerja. Alhamdulilah. Hari ni Allah bg jalan utk terus bekerja. Segala dugaan yg berlaku pasti ada hikmahnya. Terima kasih pada semua yg telah fitnah kami(Saya,Mak,Syada and Eiza). Saya memaafkan anda semua. Semoga Allah buka pintu hati kalian untuk lebih menilai diri sendiri sebelum menilai org lain. Dan juga, sila lah cari ibu/mak/bonda/umi anda semua dan minta maaf minta ampun pada mereka, sebelum terlambat. #allahmahamengetahui #percayapadaqadadanqadar #doaibutiadahijab #rezeki_allah #janganacahsuci #hentikanfitnah
Malah, dia juga menyatakan kesyukuran kerana akhirnya dapat berlepas ke China setelah hampir seminggu menangguhkan penerbangan itu.
“Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan usia. Syukur. Hari ni fly ke China. Terpaksa delay flight. Patut 19hb hari tu. Di sebabkan fitnag dari pihak yang tidak bertanggungjawab, menyebabkan tergendala kerja,” katanya.
Dalam perkongsian yang sama, lelaki berusia 30 tahun itu juga berterima kasih kepada individu yang telah memfitnah ahli keluarga membabitkan ibunya Fauziah Sarman, adik perempuan Syada Amzah dan kekasihnya Eiza.
“Alhamdulillah. Hari ni Allah bagi jalan untuk terus bekerja. Segala dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya. Terima kasih kepada semua yang fitnah kami (saya, mak, Syada dan Eiza),” ujarnya.
Pada masa yang sama, dia mengakui memaafkan mereka yang memfitnahnya dan berharap Allah membuka hati orang-orang tersebut untuk menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain.
“Saya maafkan anda semua. Semoga Allah buka pintu hati kalian untuk lebih menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain.
“Dan juga, silalah cari ibu anda semua dan minta maaf, minta ampun pada mereka, sebelum terlambat,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, bekas isterinya Anis Waheeda mendakwa Syafiq tidak mempunyai kerja tetap dan culas membayar nafkah kepada anak mereka.
Namun begitu, dakwaan tersebut ditepis oleh Syafiq dalam satu siaran langsung di TikTok dan berkata dia bekerja dalam industri seni juga namun hanya di belakang tabir.
“Aku kerja soundman dan buat lighting. Aku berada dalam industri seni juga, kerja belakang tabir,” jelasnya.
Terdahulu, kontroversi tercetus apabila Syada mendakwa kakaknya akan menghalau mereka sekeluarga keluar dari rumah manakala Syafiq pula mendakwa Shila mahu menjual kediaman kerana nilainya yang tinggi di pasaran.
Sumber: TikTok @_benamir, Kosmo! Online (Hanisah Selamat)
The post Bukti ada kerja, adik lelaki Shila Amzah akhirnya ke China appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/Lvyh8TC
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment