Header Ads

Danial Dashuki raih trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Teater Malaysia 2023

Pelakon dan model, Danial Dashuki raih trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Teater Tradisional) di Anugerah Teater Malaysia 2023 yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Pelakon berusia 29 tahun itu berkata, dia bersyukur apabila bakat dan usahanya selama empat tahun dalam industri seni akhirnya diperakui oleh barisan juri profesional.

Danial Dashuki raih trofi pelakon lelaki terbaik!

“Saya tidak menjangkakan kemenangan ini. Mereka yang tercalon dalam kategori yang sama adalah merupakan pelakon-pelakon yang hebat dan menjadi rujukan saya. Saya amat bersyukur di atas penganugerahan ini.
“Walaupun berbangga dengan kejayaan ini, saya jadikan ianya sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha memperbaiki mutu lakonan dan terus memberikan yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan,” katanya kepada Oh My Media.

Danial Dashuki raih trofi pelakon lelaki terbaik

Danial memenangi trofi tersebut menerusi watak Tun Mamat dalam pementasan Teater Bangsawan Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang pada November tahun lalu.

Artikel lain: Tahniah! Tepati ramalan, Bell Ngasri julang trofi Artis Komedi Popular ABPBH 35

Turut tercalon dalam kategori yang sama adalah Datuk Jalaluddin Hassan, Mohd Hady Tahir, Hafizie Zulkifeli dan Murshid Md Hussain.

Malam Anugerah Teater Malaysia merupakan program penganugerahan dan penghargaan kepada karyawan seni dan petugas teater dari pelbagai genre teater seperti monolog, monodrama, teater moden, teater muzikal dan teater tradisional.

Terdahulu, Danial memulakan kerjayanya sebagai model sebelum beralih ke bidang lakonan sekali gus mengembangkan bakatnya dalam seni pementasan teater.

Antara drama pernah dilakonkan termasuklah Cetera Hati Diya, Cemburu Seorang Perempuan, Dua Takdir Cinta dan Bukan Kahwin Paksa.

The post Danial Dashuki raih trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Teater Malaysia 2023 appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/mKuD6aS
sumber : ohmymedia.cc

No comments