Didakwa harga cekik darah, pemilik kedai jelaskan-“Datang lebih kurang 20 orang”
Pemilik kedai makan yang didakwa mengenakan caj mahal untuk hidangan makanan laut di medan selera di Johor Bharu tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.
Pemilik kedai beri penjelasan
Menerusi hantaran anaknya di platform Facebook, wanita berkenaan menyatakan isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi iaitu Ekin Rahmat datang bersama hampir 20 ahli keluarga yang lain ke kedainya.
Difahamkan, mereka datang ke gerai nombor 14 di sebuah medan selera tersebut pada petang Rabu.
“Makcik owner (pemilik) gerai nombor 14. Tujuan video ini dibuat untuk memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti tanah air yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan.
“Pada hari Sabtu 30 September, waktu petang, mereka telah datang lebih kurang 20 orang termasuk kanak-kanak,”jelasnya.
Betul ke harga cekik darah?
Sebelum ini, Ekin meluahkan rasa terkejut apabila dicaj RM1,260 untuk hidangan makanan laut di sebuah restoran. Malah, dia juga berkongsi resit harga termasuk menyatakan dia hanya memesan dua ekor ikan dan beberapa menu makanan laut lain.
Dalam masa sama, Ekin juga menjelaskan dia tiada niat untuk menjatuhkan perniagaan kedai terbabit. Sebaliknya, tujuannya berkongsi adalah untuk mendapatkan respon netizen.
Pemilik kedai beri perincian setiap menu dan caj
Bagaimanapun, pemilik kedai berkenaan memperincikan setiap caj yang dikenakan terhadap Ekin dan hampir 20 ahli keluarganya yang lain.
Menerusi perincian tersebut, Ekin dan keluarganya telah membuat pesanan seperti pari bakar, siakap 3 rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam dan siput gongong.
“Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor sahaja, sebenarnya total enam hidang,”jelasnya.
Pada penghujung video tersebut, pemilik kedai tersebut mengatakan dirinya bersedia untuk bertemu dengan pasangan selebriti terbabit sekiranya mereka masih belum jelas mengenai harga yang dikenakan.
Sumber: FB Mohd Yusof Abdullah
The post Didakwa harga cekik darah, pemilik kedai jelaskan-“Datang lebih kurang 20 orang” appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/Obe1WV2
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment