Dituduh ambil kesempatan, Vivy Yusof jawab isu jual koleksi tudung bendera Palestin
Tindakan seorang usahawan terkemuka yang mengeluarkan koleksi produk bertemakan bendera Palestin telah kecoh diperkatakan di media sosial.
Koleksi tudung dan aksesori
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh akaun X dikenali sebagai arfdy12, dia telah berkongsi beberapa koleksi rekaan dari jenama dUCK berupa tudung, totebag dan juga mug.
WOW! DuCk sungguh PANTAS DAN TUNTAS
— Arif E. (@arfdy12) October 14, 2023
“Tergamak guna bendera diorang”
Namun, komen-komen yang diterima nampaknya kurang bersetuju dengan penjualan tersebut kerana menganggap apa yang dikeluarkan seperti mengambil kesempatan diatas isu yang sedang diperkatakan ramai.
Terus direct menyumbang ke tabung lagi baik
“Cepat gila terus keluar koleksi”
“Selagi boleh tunggang”
Walau bagaimanapun, pemilik jenama dUCK, Vivy Yusof kini tampil memberi penjelasan berkenaan isu yang dikaitkan dengan koleksi tudung dan beberapa aksesori yang baru sahaja dikeluarkan jenama tersebut.
Vivy Yusof tampil beri penjelasan isu bendera Palestin
Merujuk kepada penjelasan yang dikongsikan di Insta Story miliknya, dia mengatakan bahawa syarikatnya sama sekali tidak mengambil sebarang keuntungan yang diterima menerusi koleksi dUCK Palestin.
Hasil daripada keuntungan penjualan koleksi tersebut akan disalurkan terus ke organisasi bukan kerajaan, Viva Palestina Malaysia (VPM) bagi membantu pihak hospital, bekalan perubatan, tempat perlindungan dan makanan di negara perang berkenaan.
Hasil dari jualan koleksi bendera Palestin akan disumbangkan
Dalam pada itu, dia juga mengatakan bahawa tiada pembayaran balik cukai terhadap jualan amal yang dibuat seperti yang didakwa netizen di media sosial kerana perkara tersebut sudah disahkan sendiri pihak VPM.
Ujarnya, dia mengeluarkan semula koleksi-koleksi tersebut memandangkan ada permintaan daripada orang ramai yang mahu memakainya bertujuan untuk solidariti kepada negara terbabit.
The post Dituduh ambil kesempatan, Vivy Yusof jawab isu jual koleksi tudung bendera Palestin appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/wVFGfcS
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment