Header Ads

Insiden di Bangkok, TMJ kongsi detik cemas – “Isteri saya peluk anak-anak…”

Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi detik cemas ketika berdepan insiden tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand, petang semalam.

TMJ menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya berkata, baginda serta keluarga berada di lobi hotel berhampiran pusat beli-belah berkenaan sebelum mendengar orang ramai berteriak dan berlari masuk ke dalam perkarangan hotel tersebut.

“Orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan. Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu.
“Kami membawa kanak-kanak/keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya,” katanya.

Malah, Tunku Ismail mengakui perlu bersedia dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Baginda dan pasukan keselamatan bertindak sebagai perisai dengan berdiri di hadapan isteri dan anak-anak untuk ke tempat yang lebih selamat.

“Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis,” ujarnya.

Setibanya di kedutaan, Tunku Ismail telah menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan untuk memaklumkan situasi berkenaan.

Walaupun terlepas menonton perlawanan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), namun baginda bersyukur selain menyifatkan ia merupakan pengalaman terburuk yang pernah dilaluinya.

“Setelah semuanya selamat, kami akan ke lapangan terbang dan terbang pulang ke Johor. Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga saya dan pasukan kami selamat.
“Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh. 2 orang meninggal dunia. Semoga Allah merahmati roh mereka yang tidak berdosa,” kongsinya.

Tunku Ismail berada di Bangkok bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang menyaksikan pasukan dinaunginya itu merakam kemenangan pertama Kumpulan I dengan menundukkan BG Pathum United sebanyak 4-2, semalam.

Sumber: FacebookInstagram HRH Crown Prince of Johor

The post Insiden di Bangkok, TMJ kongsi detik cemas – “Isteri saya peluk anak-anak…” appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/3mIQwpq
sumber : ohmymedia.cc

No comments