Isu menu dicaj mahal, Ekin sangkal dakwaan pemilik restoran – “Kami makan tak sampai 20 orang”
Isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi iaitu Ekin tampil mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik sebuah kedai makanan laut mengenai dakwaan mengenakan caj mahal.
Memetik laporan mStar, pemilik nama Nora’ Asikin Rahmat itu menyangkal dakwaan pemilik restoran yang mengatakan terdapat lebih kurang 20 orang makan di kedai makan itu.
“Kami makan tak sampai 20 orang, semuanya 16 orang termasuk seorang bayi dan empat kanak-kanak. Takkan itu pun mereka nak kira ikut kepada,” katanya.
Usahawan berusia 44 tahun itu berkata, resit asal diberikan kepada mereka pada hari berkenaan tidak menerangkan secara terperinci mengenai setiap hidangan yang dimakan.
“Jika dari awal lagi dia sudah jelaskan setiap perincian harga mungkin tidak menjadi isu,” ujarnya.
Ekin berkata, beberapa orang sahabatnya turut bersetuju terhadap caj dikenakan adalah keterlaluan dan tidak setimpal dengan jumlah hidangan.
“Ketika dapat tahu harga itu saya sudah mula rasa pelik. Kemudian ada juga bertanya kepada orang lain dan saya diberitahu harga itu agak melampau.
“Ketika saya makan di sana dan harga pun dia tidak cakap. Katanya pesan sahaja dan kemudian baru kira,” tambahnya.
Katanya lagi, mereka mempunyai niat murni untuk membantu peniaga kerana pada ketika itu kerana kedai tersebut tidak mempunyai ramai pelanggan berbanding tempat biasa yang selalu dipergi.
Sebelum ini, Ekin memuat naik hantaran di Instagram memaklumkan dia berasa terkejut apabila dicaj RM1,260 untuk hidangan makanan laut di sebuah medan selera di Johor Bahru.
Rentetan itu, seorang wanita dipercayai pemilik restoran tersebut memuat naik video di Facebook memperincikan setiap caj yang dipesan antaranya menu pari bakar, siakap tiga rasa, siakap stim, udang butter dan banyak lagi.
Sumber: mStar (Farol Hadi), Instagram Ekin
The post Isu menu dicaj mahal, Ekin sangkal dakwaan pemilik restoran – “Kami makan tak sampai 20 orang” appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/AGImZJ8
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment