Header Ads

“Jangan putus asa. Sentiasa ingat, Allah ada dengan kita..”- Pesanan terakhir Bad Indigo

Pesanan terakhir penyanyi kumpulan Indigo, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah yang ditinggalkan di platform Instagram beberapa hari lalu menyentuh hati ramai.

Pesanan terakhir Bad Indigo

Menerusi hantaran video tersebut, penyanyi berusia 48 tahun itu meninggalkan kata-kata positif untuk tidak berputus asa meneruskan kehidupan kerana Allah sentiasa bersama dengan umatnya.

“Assalamualaikum, selamat pagi. Harap semua orang sihat. Apa je yang anda sedang lalui atau pun apa sahaja yang menimpa anda, yang paling penting sekali, jangan berputus asa.
“Kena sentiasa ingat, Allah ada dengan kita. Allah tak kejam kan? Insya-Allah.  Buka pintu hati, tengok.. banyak lagi kebaikan yang ada. Insya-Allah. Assalamualaikum,”pesannya.

Artikel lain: Hai kekasih, I rindu you bi.. muah – Bad Indigo dedah suara kekasih

Artikel lain: Setahun kahwin, Ashira Aziz & Bad Indigo umum bercerai

Sebentar tadi, ramai dikejutkan dengan pemergiaan Bad Indigo menghadap Sang Pencipta, kira-kira pada jam 7 malam tadi di tempat kerjanya terletak di Ampang, Selangor.

Menurut rakan sekerjanya, Bad dikatakan mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah, lapor Harian Metro.

“Memang mengejutkan. Katanya, dia tengah sakit dan berlaku hipoglisemia, dia diberi minum air. Tiba-tiba, dia senyap. 
“Bos dia yang juga kenalan saya baru hubungi saya. Jenazah masih lagi di bengkel,” katanya.

Sementara itu, isteri kepada rakan Bad dari kumpulan Indigo, Shah turut mengesahkan Bad meninggal dunia dalam satu hantaran di media sosial.

Bad Indigo

Sebelum ini, penyanyi itu dilaporkan menghidap kencing manis menjalani pembedahan membuang tiga jadi kaki pada 9 Mei tahun lalu sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.

Dia kemudiannya terpaksa menggunakan bantuan alat ‘walker’ dan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan. Bad juga dilaporkan memohon status OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas menjalani beberapa prosedur memotong jari kaki kiri.

Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri),

The post “Jangan putus asa. Sentiasa ingat, Allah ada dengan kita..”- Pesanan terakhir Bad Indigo appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/6u50rxn
sumber : ohmymedia.cc

No comments