Header Ads

Puteri Sarah terkejut, tak ambil tahu gosip Syamsul Yusof ada wanita lain

Pelakon Puteri Sarah Liyana mengakui dirinya terkejut apabila disoal mengenai gosip bekas suaminya, Syamsul Yusof yang juga pengarah mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita.

Puteri Sarah terkejut dengar gosip Syamsul Yusof

Memetik laporan Utusan Online, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak berhasrat untuk mencampuri urusan peribadi bekas suaminya.

Aktres berusia 38 tahun berkata, dia juga mengetahui mengenai gosip tersebut menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen di media sosial miliknya.

“Saya pun baru tahu hari ini sebab sibuk dengan latihan dan sudah beberapa hari saya tak muat naik apa-apa di media sosial sebab fokus dengan latihan
“Jadi hari ini saya tengok dekat akaun Instagram, banjir dengan komen. Saya pun terkejut juga tak tahu sahih ke tidak. Bukan hal kita jadi kita tak mahu masuk dan ambil tahu,”ujarnya.

Puteri Sarah Syamsul Yusof

Artikel lain: Nampak mesra, foto Syamsul Yusof bersama wanita cantik cetus tanda tanya netizen

Puteri Sarah sibuk bekerja, malas ambil tahu hal peribadi bekas suami

Jelas Puteri Sarah, dirinya kini sibuk bekerja dan malas mengambil tahu mengenai hal peribadi bekas suami yang didakwa sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita kaya.

Dia juga tidak mengenali wanita yang dipercayai rapat dengan pengarah tersebut.

“Saya sibuk dengan kerja saya dan terus terang, saya pun tak tahu.
“Saya pun terkejut juga mendengar. Saya pun tak nak komen lebih-lebih sebab bagi saya itu hal peribadi dia,”ujarnya.
@asyraafkn

Congrats for Mat Kilau #fyp #foryoupage @Utama Motors @Irene Deanna @@anisalysia

♬ original sound – Asyraaf Khan – Asyraaf Khan

Yang penting hal melibatkan anak-anak

Tambahnya, apa yang menjadi keutamaan dan mempunyai kaitan dirinya dan bekas suami adalah melihatkan perihal anak-anak sahaja.

“Mengenai hal yang disebut, kia tiada kena mengena dengan saya. Apa yang ada kena mengena dengan saya adalah hal anak-anak. Itu sahaja!
“Yang penting hubungan dia mengenai anak-anak berjalan seperti biasa. Yang lain semua saya tak nak tahu,”jelas Puteri Sarah.

Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah kini sedang sibuk dengan pementasan teater Pak Pandir bersam Labu Labu Ajaib yang berlangsung di Istana Budaya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang artis lelaki yang baru berkahwin kini didakwa sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita yang juga ahli perniagaan.

Malah,  wanita berkenaan memiliki perusahaan pemotoran selain berasal daripada keluarga berada selain berkongsi minat yang sama dan dilihat sekufu.

Puteri Sarah Syamsul Yusof

Susulan khabar tersebut rata-rata netizen menyebut nama pengarah Syamsul Yusof. Ini kerana artis lelaki itu berkahwin dengan anak kepada pelakon veteran masih hangat diperkatakan selepas selebriti terbabit melalui episod perceraian menerusi perkahwinan pertama.

Bhakan, isterinya juga sering mendapat kecaman warganet gara-gara tindakannya yang suka mencuri perhatian di media sosial.

Sumber: Utusan Online (Siti Athirah Dzulkifly)

The post Puteri Sarah terkejut, tak ambil tahu gosip Syamsul Yusof ada wanita lain appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/0HpVKf2
sumber : ohmymedia.cc

No comments