Review sambil minum ‘Soju Halal’, Influencer teruk kena ‘basuh’ dengan netizen
Tular sebuah video memaparkan sekumpulan pempengaruh atau influencer dilihat sedang membuat ‘review’ sebuah restoran sambil minum Soju versi halal.
Influencer minum ‘Soju Halal’
Video tular yang dimuat naik di aplikasi X itu berjaya menarik perhatian ramai kerana influencer berkenaan dan beberapa rakannya yang pastinya beragama Islam lain dilihat meminum tersebut.
Mana tidaknya, soju atau ‘arak bakar’ merupakan sejenis minuman keras jernih yang berasal dari Korea Selatan. Ia diperbuat daripada beras, gandum atau barli melalui proses penapaian dan penyulingan.
Peminat drama Korea atau K-Drama pasti mengetahui mengenai minuman tersebut kerana ia sering dipaparkan dalam beberapa adegan.
Namun, dalam video tersebut influencer berkenaan menyatakan minuman tersebut adalah halal.
“Jom makan wagyu sambil minum Soju halal… jangan risau wehh, soju yang aku minum ni halal, cuma air buah je. Dia macam acah-acah soju betul tapi jangan risau boleh minum,”ujarnya.
Artikel lain: “Kesian baby” – Suami dah buntu! Isteri hamil luah mengidam minum arak
Soju tak halal, tu arak!
Hantaran tersebut menerima teguran warganet yang tidak setuju dengan influencer berkenaan yang dilihat cuba menghalal sesuatu yang haram seperti soju.
Katanya, perkataan yang digunakan oleh influencer berkenaan boleh menimbul kekeliruan orang ramai dengan menganggap minum soju itu halal diminum.
Tiada sijil halal tapi bahan diyakini…
Sementara itu, pengguna akaun berkenaan meninggalkan pautan mengenai status ‘halal’ minuman tersebut.
“Kami dalam proses untuk mendapatkan sijil halal. Biarpun minuman ini masih belum menerima sijil halal, kami komited untuk mematuhi dasar Halal….
“Kami hanya menggunakan bahan-bahan Halal dan mesra Muslim bagi memastikan ia mematuhi keperluan yang diperlukan.. kami sedang berusaha untuk mendapatkan pensijilan itu secepat mungkin,”menurut pautan laman sesawang rasmi jenama minuman tersebut.
Meskipun minuman tersebut didakwa halal, namun Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan umat Islam seharusnya bertindak bijak terutama mengenai halal dan haram sesuatu produk.
“Bagi umat Islam, WAJIB menggunakan kuasa sebagai pengguna muslim yang bijak untuk menjauhkan diri daripada apa jua bentuk produk yang meragukan. Apatah lagi produk yang jelas mempunyai hubungan dengan perkara yang dilarang syarak seperti arak.
“Kedua, bagi pengusaha syarikat arak, jangan sekali-kali melakukan sebarang usaha untuk mempromosi atau menormalisasikan minuman arak khususnya kepada umat Islam.
“Perbuatan tersebut hanya akan menimbulkan kekeliruan di samping menyentuh sensitiviti umat Islam. Sebarang produk yang dikeluarkan oleh syarikat arak, hendaklah dipamerkan status non-halal, diletakkan di tempat khas dan terasing daripada produk-produk halal.
“Minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum,”menurut Pejabat Mufti.
Sumber: X Jomkitamy, soyou, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
The post Review sambil minum ‘Soju Halal’, Influencer teruk kena ‘basuh’ dengan netizen appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/8aGPHRr
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment