Sabri Yunus anggap tuduhan berzina & nikah tidak sah satu dakwaan berat
Pengarah dan pelakon terkenal, Sabri Yunus meluahkan rasa ralat apabila ada pihak menuduh pernikahannya dengan Ardini Angeline Tan tidak sah.
Sedih bila lafaz qabul diperdebatkan
Memetik dari penulisannya di Facebook, Sabri mengakui sedih apabila lafaz qabul yang diungkapkan tempoh hari menjadi perdebatan beberapa pendakwah segali gus mengundang perspektif negatif.
“Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata (menuduh) pernikahan kami tidak sah dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Ia satu tuduhan berat.
“Dalam video yang sama dikatanya lafaz qabul yang mengelirukan. Siapa yang keliru? Dalam majlis (pernikahan) itu hanya perlu dua saksi walaupun hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tak keliru dan 25 tetamu pun sama.
“Orang di luar tidak bersama dalam majlis tidak ada isu dalam penyaksian majlis itu. Dia dengar atau tidak, faham atau tidak bukan isu pengesahan. Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya.
“Saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab saya setuju. Tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain daripada setuju hal nikah. Tak mungkin ada yang fikir dia setuju pasal kereta atau rumah,” tulisnya.
Sabri Yunus tahu yang pendakwah berkenaan tidak sealiran dengan Dr Maza
Ujarnya, tindakan individu yang sengaja melemahkan fikirannya dalam isu berkaitan lafaz qabul adalah selemah-lemah manusia.
Sebelum ini, seorang pendakwah menerusi ceramahnya telah mengatakan bahawapasangan yang dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali Dr Maza itu tidak sah kerana ucapan ijab qabul tidak memenuhi syarat.
Menurut Sabri, pendakwah tersebut difahamkan tidak sehaluan dengan Dr Maza sehingga wujud perbezaan pendapat antara mereka.
“Saya tahu bahawa ustaz ini selama ini banyak tidak sependapat dan sealiran dengan Dr Maza jurunikah kami. Dan ada bau permusuhan antara mereka.
Dalam video tersebut saya dapat rasakan permusuhan itu apabila ustaz ini mengheret beberapa isu lain yang tiada kena mengena dgn isu kami. Ini menunjukkan beliau cuba mengukuhkan pandangan beliau terhadap jurunikah kami.
Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan,” jelasnya lagi.
Dr maza tegaskan pernikahan Sabri Yunus sah
Dalam pada itu, Dr Maza sendiri telah menjelaskan bahawa pernikahan pasangan selebriti itu sah dan membuktikan bahawa Islam itu mudah melihat dari lafaz ringkas tersebut.
“Sesiapa yang membaca hadis-hadis nabi, dia akan mengetahui bahawa akad nikah memang mudah. Yang penting cukup rukun dan adanya ijab dan kabul.
Ijab dan kabul bermaksud adanya kita berikan tawaran perkahwinan dan satu pihak lagi menyambut tawaran perkahwinan itu. Tidak ada dalam agama ini kata perlu satu nafas,” ujarnya dalam temu bual di Facebook miliknya.
Jelasnya lagi, lafaz tersebut sah dan mempersoalkan mengapa perlu diulang-ulang lagi kerana pernikahan bukanlah satu permainan.
“Pernikahan bukan satu permainan, lafaz itu telah sah dan mengapa perlu diulang? Mudah-mudahan ini menjadi contoh kepada masyarakat.
“Saya ingin mengingatkan kepada kesemua jurunikah khususnya di Perlis untuk tidak merumitkan hal seperti ini,” ujarnya.
Terdahulu, seorang pendakwah ketika dalam ceramahnya mendakwa pernikahan pasangan tersebut tidak sah dan sama seperti berzina kerana ijab dan qabul yang tidak menyebut “saya terima nikahnya” tidak memenuhi syarat wajib dalam ijab qabul sebuah pernikahan.
@abuzurah107
Sumber: Facebook Sabriiyunus, Dr MAZA, TikTok abuzurah107
The post Sabri Yunus anggap tuduhan berzina & nikah tidak sah satu dakwaan berat appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/MYFCx3u
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment