Sophia Albarakbah idam lelaki bijak, pentingkan keluarga… – “Boleh jaga saya”
Pelakon jelita, Sophia Albarakbah berkongsi mengenai ciri-ciri lelaki idamannya selepas hubungan bersama teman lelaki yang dikenali sebagai Mr Doktor putus di tengah jalan.
Menurut Sophia atau nama penuhnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, dia mahukan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan memahami kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Sophia Albarakbah idam lelaki bijak
“Saya suka lelaki yang bertanggungjawab, boleh jaga saya, bijak, memahami terutama dalam pekerjaan saya sebagai seorang pelakon dan seorang yang mementingkan keluarga,” katanya.
Sophia berkata demikian selepas ditemui dalam sidang media pelancaran filem Harimau Malaya: The Untold Journey di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada Selasa.
Filem arahan Datuk Afdlin Shauki itu akan dibintangi barisan pelakon terkenal dan Sophia merupakan antara salah seorang daripadanya.
Pelakon berusia 30 tahun itu berkata, dia teruja untuk berkerja bersama Afdlin kerana sudah lama dia ingin bekerja bersama pengarah yang hebat itu.
“Saya teruja, bersyukur dan sangat gembira sebab bukan selalu dapat berlakon dalam cerita pasal pasukan bola sepak Malaysia kan.
“Dan bila tengok barisan pelakon yang hebat-hebat, saya teruja dan tak fikir panjang untuk terima tawaran ini,” ujarnya.
Ketika ditanya mengenai kehadirannya ke All Stars Gegar Vaganza (GV 10), Sophia berkata sememangnya dia hadir ke program itu atas jemputan sepupu, Aisha Retno bagi minggu ketiga.
“Saya bebas untuk pergi mana-mana yang saya nak dan GV 10 merupakan pertandingan menyanyi. Lagipun saya cuma datang untuk sokong Aisha yang buat persembahan dalam GV Live +,” jelas Sophia.
Dia juga menjelaskan bahawa dia tidak kisah untuk kembali dan menonton GV 10 di masa hadapan kerana baginya ia bukanlah isu untuk menonton mana-mana program hanya kerana peserta yang bertanding.
Sementara itu, Sophia memaklumkan dia baru sahaja selesai menjalani pengambaran filem bergenre sains fiksyen berjudul Abu Si Raksasa terbitan MToons Media.
“Saya baru sahaja selesai pengambaran filem Abu Si Raksasa pada minggu lepas yang akan dikeluarkan tahun depan,” kata Sophia.
The post Sophia Albarakbah idam lelaki bijak, pentingkan keluarga… – “Boleh jaga saya” appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/Q9qXrc3
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment