Yusuf Azmi selamatkan warga emas ketakutan, dakwa dikasari oleh anak lelaki
Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan aktivis Yusuf Azmi bersama pasukannya membantu wanita warga emas didakwa telah dikasari dan dilayan buruk oleh anak lelakinya yang juga seorang peniaga.
Difahamkan, Yusuf mendakwa kejadian berpunca gara-gara tindakan lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata kesat yang ditujukan serta mendoakan kematian ibunya di dalam siri siaran langsung di aplikasi TikTok.
Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia itu turut mendakwa, peniaga itu telah bertindak menarik kaki dan mengheret ibunya ke arah tangga.
Sementara itu, peniaga tersebut mengeluarkan kenyataan dalam salah satu siri siaran langsung di TikTok mendakwa pasukan Semboyan telah memecah masuk rumahnya yang dianggap sebagai tindakan tidak beradab.
Difahamkan, Yusuf mendakwa peniaga terbabit memperlakukan kekerasan ke atas wanita bekas pesakit lumpuh itu adalah kerana “Wang Persaraan Polis” yang dikeluarkan pada 1 Oktober lalu.
“Target (peniaga) mahu wang tersebut diberikan untuknya dan adik beradiknya.
“Target membuat andaian bahawa warga emas tadi akan membahagikan wang tersebut kepada saudara maranya (adik beradik mangsa).
“Disebabkan andaian di atas, Targer memukul warga emas tersebut,” tulis Yusuf semalam.
Namun menerusi kemas kini terbaru, Yusuf memberitahu mangsa telah tampil membuat laporan di Balai Telok Kemang, Port Dickson.
Sumber: Facebook Yusuf Azmi
The post Yusuf Azmi selamatkan warga emas ketakutan, dakwa dikasari oleh anak lelaki appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/rmBFSVL
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment