Header Ads

“Arwah suami ada cakap hendak hidup sehingga usia 43 tahun sahaja…”- Ina Naim

Isteri kepada bekas penyanyi kumpulan In-Team, Ina Naim iaitu Suhaimi Saad mendedahkan suaminya pernah memberitahu hanya mahu hidup sehingga usia 43 tahun sahaja.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim berkata, perkara itu pernah diluahkan oleh Suhaimi, namun tidak menyangka ia menjadi kenyataan.

Ini kerana usia Suhaimi Saad baru sahaja genap 43 tahun sebelum menghembuskan nafas terakhir semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) semalam akibat jangkitan kuman di paru-paru.

“Ketika hidup, arwah suami ada cakap hendak hidup sehingga usia 43 tahun, dan 12 Oktober lalu genap usianya 43 tahun,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HSI di sini, malam tadi.

Ina Naim

Artikel lain: Suhaimi Saad meninggal dunia jam 7.42 malam di Hospital Sultan Ismail, JB

Ina berkata, suaminya pergi dalam keadaan tenang disisinya bersama anak-anak.

Tambah Ina, suaminya sudah mula batuk teruk sejak Ogos lalu dan kesihatan semakin merosot selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).

“Arwah suami pergi dalam keadaan yang tenang dan mudah, di sisi saya serta semua anak-anak kami,” luah Ina Naim.
“Arwah tidak muntah hanya batuk teruk sejak bulan Ogos dan alami cirit birit. Arwah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak 10 November lalu.
“Sejak di Hospital Kota Tinggi lagi, arwah minta ditidurkan sebagai ikhtiar terakhirnya,”kata Ina Naim.

Menurut Ina, arwah hanya meninggalkan pesanan meminta maaf kepada semua orang seperti mana dimuat naik di laman TikTok miliknya sebelum ditidurkan.

Sebagai isteri arwah, pihak Ina memanjatkan permohonan maaf bagi mewakili arwah suaminya kepada semua.

Sebelum ini, media melaporkan Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Ina Naim juga mengakui yang suaminya berada dalam keadaan kurang sihat dan telah dimasukkan ke hospital. Difahamkan, organ dalaman allahyarham gagal berfungsi dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya.

Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan penyanyi, Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: Harian Metro (Omar Ahmad)

The post “Arwah suami ada cakap hendak hidup sehingga usia 43 tahun sahaja…”- Ina Naim appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/spEeIKV
sumber : ohmymedia.cc

No comments