Header Ads

Asyik dikecam seksi, Fasha Sandha tak hirau komen netizen

Pelakon popular Fasha Sandha tak hirau komen netizen berhubung pemakaian seksi digayakan yang dianggap sekadar angin lalu.

Menurut laporan Utusan, pelakon berusia 39 tahun itu mengakui tidak terasa hati sebaliknya menghiraukan sahaja komen negatif yang diterima di media sosial.

Fasha Sandha tak hirau komen netizen

“Saya lebih suka ambil pendekatan untuk membiarkan sahaja apa yang mereka nak cakap. Tidak kisah pun sebab komen begitu tidak beri kesan pun dengan hidup saya.
“Saya belum rasa rimas lagi dengan netizen atau pengikut dan sebagainya sebab bagi saya benda itu membantu saya untuk menjadikan saya manusia yang lebih baik.
“Ada juga teguran mereka itu yang saya ambil. Macam teguran yang positif sebab saya memang tidak sempurna, saya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya.

Artikel berkaitan: Fasha Sandha syukur dilantik jadi duta produk, video ‘berendam’ buat pengikut bertambah!

Fasha berkata, dia tidak pernah melakukan perbincangan dengan suaminya yang juga aktor Aidil Aziz mengenai kata-kata negatif daripada netizen.

Bagaimanapun, pelakon drama Rampas Cintaku itu sedar dirinya masih belum sempurna dalam soal menutup aurat selain memilih untuk mengikut kehendak sendiri berbanding orang lain.

“Saya akan tetap lakukan apa perkara yang saya nak buat sebab hidup kita tak boleh berlandaskan apa yang orang lain suka. Kita kena buat apa yang kita suka.
“Kalau kita ikut apa yang orang lain suka, kita tidak akan gembira contohnya kita nak berhijab untuk ikut trend, atau tunjuk baik, perlukan pujian orang, pada saya benda itu tidak akan kekal.
“Kalau buat untuk orang lain atau bukan untuk diri sendiri, benda itu separuh jalan,” ujarnya.

Sumber: Utusan (Siti Athirah Dzulkifly), Instagram Fasha Sandha

The post Asyik dikecam seksi, Fasha Sandha tak hirau komen netizen appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/9gEzmGF
sumber : ohmymedia.cc

No comments