Header Ads

Bantu ringankan beban, PM hulur bantuan kepada Mak Jah

Pelakon veteran Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah menerima sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Anwar berkata setiausaha politiknya, Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi Mak Jah bagi menyampaikan sumbangan itu di Cheras, pagi semalam.

PM hulur bantuan kepada Mak Jah

Beliau berkata, pelakon berusia 75 tahun itu kini berdepan dengan masalah kesihatan yang menjejaskan kerjaya dalam dunia perfileman.

“Mak Jah kini menghidap penyakit kencing manis dan masalah urat saraf yang menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia perfileman.

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan perubatan Mak Jah. Saya doakan Mak Jah dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah,” katanya.

Artikel lain: Mahu ringankan beban, Hafiz Mahamad beri staf elaun taska RM350 sebulan

Terdahulu, Mak Jah mendedahkan dia terpaksa menolak tawaran lakonan atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan dan selain sudah tidak kuat membuatkan dirinya sukar untuk bergerak.

Oleh kerana terpaksa menolak tawaran berlakon, Mak Jah akui berdepan dengan masalah kewangan kerana perlu membayar rawatan perubatannya.

Sumber: Facebook Anuar Ibrahim

The post Bantu ringankan beban, PM hulur bantuan kepada Mak Jah appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/F713XRQ
sumber : ohmymedia.cc

No comments