Header Ads

Cikgu Ery meninggal dunia, alami serangan jantung ketika bersenam

Pempengaruh dan juga seorang bekas mak nyah, Cikgu Ery atau nama sebenarnya, Mohd Khariri Mohamad Ramli dikhabarkan meninggal dunia pada 29 November 2023.

Alami serangan jantung ketika ketuai aktiviti senaman

Perkara itu dimaklumkan pengendali Facebook Cikgu Ery dengan mengesahkan bahawa allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir disebabkan serangan jantung.

Difahamkan, lelaki berusia 46 tahun itu rebah sewaktu mengetuai aktiviti senaman dekat Telok Panglima Garang di Kuala Langat.

“Serangan jantung semasa kendalian senaman secara berkumpulan. Paramedik telah sahkan kematian” tulis di Facebook.

Guru besar minta tiada berita palsu berkenaan Cikgu Ery

Dalam pada itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi di Klang, Selangor, Adlin Amir Hamzah berharap agar tiada berita palsu berkenaan Allahyarham dikongsikan.

cikgu ery

Untuk rekod, kisah penghijrahan Guru subjek Bahasa Melayu SK Bukit Tinggi ini pernah tular di media sosial dan dia juga kerap diwawancara di kaca televisyen berkenaan keputusannya kembali kepada fitrah.

Allahyarham juga kerap berkongsi aktiviti hariannya di media sosial seperti bersenam, mengikuti kelas mengaji dan beberapa aktivitinya di sekolah bersama anak murid bagi tatapan pengikutnya di media sosial.

Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Facebook Cikgu Ery

The post Cikgu Ery meninggal dunia, alami serangan jantung ketika bersenam appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/hTedCKQ
sumber : ohmymedia.cc

No comments