Fazura lancar kopi diet ‘TrullyCaffe’, antara rahsia kekal cantik & langsing
Selebriti dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin atau mesra disapa Faz telah melancarkan produk terbaharu kopi diet TrullyCaffe melalui jenama TrullyDolly, semalam.
Fazura syukur, lancar kopi diet rendah kalori
Fazura berkata, dia bersyukur kerana dapat terus berinovasi dalam dunia perniagaan terutama menghasilkan produk berasaskan gaya hidup sihat sepanjang lebih lima tahun.
“Faz sangat bersyukur kerana perniagaan yang dimulakan lebih lima tahun dapat terus berinovasi dalam mengeluarkan produk premium yang menitikberatkan kandungan berkualiti dengan harga mampu dimiliki semua,”ujarnya.
Tambah Fazura yang juga isteri kepada aktor kacak, Fattah Amin, dia bukan sahaja mengeluarkan produk tersebut, malah turut menggunakan TrullyCaffe dalam mencapai penampilan fizikal yang diingini.
Namun, ia lebih efektif dengan mengekalkan gaya hidup sihat selain mengamalkan TrullyCaffe yang rendah kalori dan tiada gula.
Produk kopi diet TrullyCaffe ini juga didatangi dalam dua perisa iaitu Caffe Latte dan Buttercream Latte yang pastinya akan menambat hati pengguna.
Malah, ia juga diperkaya dengan ekstrak Garcinia cambogia, ekstrak kopi hijau dan saffron yang berpotensi dalam membantu penjagaan berat badan.
Fazura sibuk jalani penggambaran drama
Dalam perkembangan lain, aktres berusia 40 tahun itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaharu yang bakal ditayangkan pada Ramadan nanti.
“Alhamdulillah, Faz sedang sibuk di dalam penggambaran drama terbaharu yang akan ditayangkan pada Ramadan 2024 dan berharap drama ini dapat memenuhi permintaan para peminat lakonan Faz setelah sekian lama,”kongsi Fazura.
Artikel lain: Fazura akui pakai hoodie dan topi di luar, nafi dakwaan pergi clubbing
Ibu kepada seorang cahaya mata turut mengakui adakalanya rasa tercabar dalam menguruskan keluarga, kerjaya dan perniagaan dalam satu tempoh yang sama.
Dia bagaimanapun, bersyukur kerana masih lagi dapat melaksanakan semuanya dengan baik, hasil berkat doa dan sokongan orang ramai terhadapnya.
“Dalam kesibukan itu juga tercetus idea slogan TrullyDolly iaitu “Trully jadi”,”maklumnya.
Untuk pengetahuan, TrullyCafee sesuai diminum untuk kaum lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan serta penjagaan berat badan.
Setiap paket TrullyCaffe ini dihadiri dengan 7 sachet bagi program 7 hari diet dengan harga mampu dimiliki semua iaitu RM47 sahaja.
Orang ramai boleh dapatkan TrullyCaffe daripada stokis dan agen FAZURA yang sah, menerusi aplikasi mudah alih FAZURA atau kedai FAZURA berhampiran.
The post Fazura lancar kopi diet ‘TrullyCaffe’, antara rahsia kekal cantik & langsing appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/DeKEisp
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment