Header Ads

Gaya hidup sihat positif, PERKESO Run & Ride 2023 terima lebih 8,000 penyertaan

PERKESO Run & Ride 2023 menerima lebih daripada 8,000 penyertaan iaitu hampir tiga kali ganda berbanding anjuran sebelum ini, menurut kenyataan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Lonjakan penyertaan PERKESO Run & Ride 2023 itu jelas menunjukkan petunjuk positif ke arah tekad masyarakat beralih ke gaya hidup sihat, selari dengan matlamat kerajaan menangani risiko penyakit tidak berjangkit (NCD).

Pengerusi Lembaga PERKESO, Dato’ Sri Subahan Kamal berkata, situasi Malaysia yang kini menuju ke arah status negara menua menjelang 2050 memerlukan intervensi awal, termasuk ‘pelaburan kesihatan’.

Beliau berkata, percaturan demikian wajar diberi penekanan segera memandangkan perangkaan semasa mengenai NCD sejak dua dekad terakhir amat membimbangkan.

“Analisis Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0 yang dilaksanakan PERKESO tahun ini mendapati 60.3 peratus daripada 70,000 orang pencarum yang menjalani saringan kesihatan sehingga Oktober lalu mengalami obesiti, selain 18.9 peratus menghidap kencing manis, 27.3 peratus mempunyai darah tinggi dan 61.2 peratus berdepan masalah kolesterol tinggi.
“Perbandingan terhadap statistik PERKESO bagi tahun 2021 dan 2022 pula mendedahkan terdapat peningkatan jumlah pencarum yang mengalami hilang upaya atau meninggal dunia disebabkan NCD sebanyak 37 peratus.
“Mengikut pengiraan secara purata, 46 kes NCD dilaporkan kepada PERKESO setiap hari pada 2021, tetapi ia melonjak kepada 63 kes NCD pada 2022.
“Justeru, ini adalah ‘wake-up call’ yang tidak wajar dipandang remeh kerana jika nasi sudah menjadi bubur, pelbagai perkara lain akan turut terkesan, termasuk status pekerjaan yang akhirnya menjejaskan aspek pendapatan isi rumah,” katanya.

perkeso

Mengulas lanjut, Subahan berkata, pelaburan kesihatan yang sebenar tidak memerlukan modal yang besar bagi memberi laba keuntungan. Ia merangkumi pelbagai aspek seperti produktiviti pekerja dan perbelanjaan perubatan, selain mengoptimumkan pengurusan fiskal negara.

Katanya lagi, fiskal negara juga bakal berdepan dengan cabaran getir dan ia dapat dilihat menerusi kajian bersama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kos penjagaan kesihatan untuk pesakit NCD dan kehilangan produktiviti diunjur kira-kira RM22.5 bilion setahun.

“Intervensi yang juga merupakan ‘pelaburan kesihatan’ sebenarnya tidak memerlukan modal besar. Sebaliknya, aktiviti riada bersama keluarga di hujung minggu dan menganjurkan program kecergasan di tempat kerja, selain mengamalkan pemakanan yang seimbang, dan sihat sudah cukup untuk mengurangkan risiko NCD> 
“Oleh itu, penganjuran program PERKESO Run and Ride 2023 dan Activ@Work Challenge adalah antara pengisian terbaik untuk dimanfaatkan rakyat Malaysia, termasuk golongan pekerja dan majikan yang secara tidak langsung menyumbang kepada tahap produktiviti dalam sektor buruh negara. “Pekerja Sejahtera, Majikan Gembira, Syarikat Berjaya”,”ujarnya.

perkeso

perkeso

perkeso

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena PERKESO Run & Ride 2023, di Dataran Wawasan, Putrajaya, hari ini.

Difahamkan, program kecergasan berskala besar anjuran PERKESO ini memasuki edisi ketujuh, sejak diadakan pada 2015.

Yang turut hadir, Pemangku Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM), Dato’ Amran Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KSM, Dato’ Norison Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

perkeso

Artikel lain: Belanjawan 2024: PERKESO laksana enam inisiatif babit RM200 juta

The post Gaya hidup sihat positif, PERKESO Run & Ride 2023 terima lebih 8,000 penyertaan appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/uePjNYc
sumber : ohmymedia.cc

No comments