Gendang Pati ‘full house’, M Nasir sempat seloroh pasal konsert Aina Abdul
Penyanyi Datuk M Nasir sempat berseloroh apabila konsert Gendang Pati ‘full house’ berlangsung pada hari dan waktu sama dengan konsert A Night With Aina Abdul 3.0 pada Sabtu lalu.
Gendang Pati ‘full house’
Sebaik memulakan persembahan, penyanyi berusia 66 tahun itu bertanya kepada kira-kira 3,000 peminat sekiranya mereka tidak menyesal kerana tidak hadir ke konsert penyanyi wanita tersebut di Axiata Arena, Bukit Jalil.
“Tak menyesal ke tak pergi konsert Aina Abdul?,” selorohnya yang hanya mengenakan satu persalinan berwarna hijau hasil rekaan SETH&LUNA.
Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menjadi saksi apabila penyanyi bergelar sifu itu ‘membawa’ peminat menelusuri muzik Melayu nusantara dengan menyanyikan 20 lagu popularnya.
@ohmymedia.cc Raikan Cinta, Konsert Gendang Pati #ohmymedia #ommmedia #ommbest #artismalaysia #OMMKonsert #KonsertGendangPati #MNasir
Antara lagu dipersembahkan adalah Inang Pulau Kencana, Secangkir Kopi Semanis Puan, Kias Fansuri, Melawan Arus, Langgam Pak Dogo, Tanya Sama Itu Hud Hud, Raikan Cinta, Sentuhan Listrikmu, Mustika, Apokalips dan Mentera Semerah Padi.
@ohmymedia.cc Mentera Semerah Padi, Konsert Gendang Pati M Nasir #ohmymedia #ommmedia #ommbest #artismalaysia #OMMKonsert #KonsertGendangPati #MNasir
Konsert anjuran MND Sports & Events itu turut menyaksikan beliau mendendangkan lagu berjudul Masirah yang diinspirasikan daripada kisah sebenar pejuang Palestin, Muhammad Al Durrah.
Artikel berkaitan: M. Nasir kembali dengan konsert Gendang Pati pada 18 November ini
Sambil berhibur, konsert berdurasi tiga jam itu juga menitipkan doa qunut nazilah dan bacaan puisi ‘Thaurah Palestin’ oleh Amerul Affendi, hasil karya Datuk Dr Usman Awang khusus buat rakyat Palestin.
Konsert Gendang Pati Datuk M Nasir Live In Kuala Lumpur tidak lengkap tanpa iringan 16 pemuzik hebat antaranya pengarah muzik dan pemain gitar, Aznan Alias, Rafi Mohd (gitar), Norman (bass), Firdaus Mahmud (keyboard), Eddie Slam dan Ujang Exists (dram) dan ramai lagi.
The post Gendang Pati ‘full house’, M Nasir sempat seloroh pasal konsert Aina Abdul appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/zuaF37j
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment