KEMAS catat 2 Malaysia Book of Record di Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mencipta dua Malaysia Book of Records (MBOR) di Hari POTENSI KEMAS Peringkat Kebangsaan Kali Ke-18 yang berlangsung selama tiga hari di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor bermula 3 November 2023.
Terima MBOR untuk dua program KEMAS
Difahamkan, Program Arkitek Cilik KEMAS bersama Agola telah mencipta rekod “Largest Children Participation In A Building Block Event” apabila melibatkan 3,000 orang kanak-kanak TABIKA KEMAS, manakala Selawat Perdana pula mencipta rekod “Largest Children Participation In A Selawat Recital” dengan penglibatan 2,000 kanak-kanak TABIKA KEMAS.
Bertemakan Mencorak Sahsiah Generasi Era Digital Merentas Seni
Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan kali ke-18 dengan tema ‘Mencorak Sahsiah Generasi Era Digital Merentas Seni’ bertujuan untuk mencungkil bakat dan minat, memupuk nilai murni, membentuk keyakinan diri, kreativiti dan estetika serta menghargai warisan budaya dalam kalangan kanak-kanak selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pendidikan Awal Kanak-Kanak terus diberi perhatian kerajaan menerusi belanjawan 2024, apabila sebanyak RM586 juta akan diperuntukkan kepada KEMAS bagi menaik taraf premis KEMAS, pembinaan TABIKA dan TASKA baharu serta pelaksanaan Program PraTahfiz KEMAS dengan sasaran melahirkan 100,000 hufaz cilik menjelang tahun 2026.
Untuk rekod, Hari POTENSI TABIKA KEMAS mula dilaksanakan pada RMKe-6 iaitu bermula 1991, diikuti 1997, 2002 dan 2004. Hari POTENSI dijadikan aktiviti ko-kurikulum TABIKA yang dilaksanakan secara tahunan dan melibatkan 3 peringkat iaitu Daerah/ Parlimen, Negeri dan Kebangsaan.
Bagi Acara Bakat melibatkan pertandingan Bilal Cilik, Ustazah Junior, Pidato, Story Telling, Tarian, dan Digital Hero.
The post KEMAS catat 2 Malaysia Book of Record di Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/xwVuHWK
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment