Header Ads

Organ dalaman gagal berfungsi, Suhaimi Saad terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad dilaporkan kritikal dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor.

Memetik laporan Harian Metro, sumber mengatakan Suhaimi kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya selain organ dalamannnya gagal berfungsi.

“Suhaimi dikatakan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan organ dalaman dan kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya.
“Difahamkan dia mengalami batuk kronik sejak empat bulan lalu, cirit-birit selama tiga bulan dan berat badannya turun mendadak,” katanya sumber Harian Metro.

Suhaimi Saad

Difahamkan, penyanyi berusia 43 tahun itu sudah pun berada di hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan sejak Jumaat lalu.

Sebelum ini, media melaporkan hal tersebut disahkan oleh ketua kumpulan In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid yang pergi menziarahinya pada Sabtu lalu.

“Suhaimi sakit dan sedang mendapatkan rawatan. Jadi, saya memohon orang ramai agar mendoakan dirinya sembuh.
“Dia dimasukkan ke hospital kira-kira seminggu lalu. Namun, mengenai punca penyakit, saya kurang pasti,”ujarnya.

Suhaimi Saad

Artikel lain: Suhaimi Saad meluat dengan parti main sentimen agama – “Nak letak kopiah atas kepala pun segan”

Menurut Mohd Syahril, Suhaimi sudah beberapa bulan kurang sihat dan muntah setiap kali makan sehinggakan susut berat badan.

Tambahnya, bapa mentuanya membawa Suhaimi ke Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, Mohd Syahril memberitahu isteri Suhaimi Saad, Ina Naim enggan diganggu kerana mahu memberi tumpuan kepada suaminya.

Ina Naim juga mengakui suaminya kini sakit dan memohon didoakan yang baik-baik dan diberi kesembuhan segera.

Katanya, Suhaimi memang kurang sihat sekarang dan memaklumkan mengalami batuk saja.

“Ya, suami sakit, tak sihat sedikit. Doakan ya. Tak sihat, biasalah batuk-batuk gitulah. Doakan sajalah.

Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan penyanyi, Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri), (Norhayati Nordin), Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin)

The post Organ dalaman gagal berfungsi, Suhaimi Saad terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/kmXn84G
sumber : ohmymedia.cc

No comments