Header Ads

Sama-sama ada dua isteri, Abang Tesla ulas isu Alif Teega

Pempengaruh media sosial, Abang Tesla tampil ulas berhubung isu usahawan Alif Teega yang mengumumkan perkahwinan keduanya baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Abang Tesla atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusri menasihati orang ramai untuk berhenti mengecam Alif.

Abang Tesla ulas isu Alif Teega

“Kepada wanita dan lelaki, doa yang baik-baik. Kadang-kadang kita baca komen ramai yang komen seolah-olah terlalu sempurna, seolah-olah takde dosa dan seolah-olah kehidupan berumah tangga mereka sangat sempurna.
“Jadi kepada korang, aku nasihatkan doa yang baik-baik. Sebab kita tak tahu, benda ni bila-bila masa je akan berlaku,” katanya.

Artikel berkaitan: Alif Teega didakwa nikah di Songkhla, empat hari sebelum ‘anniversary’?

Pada masa yang sama, pempengaruh berusia 28 tahun itu juga menasihati golongan wanita supaya tidak terlalu mempercayai pasangan masing-masing.

“Jangan rasa lelaki tu baik depan korang, tapi dia takde yang lain. Aku ramai je kawan-kawan yang macam tu, korang kena hati-hatilah.

“Periksa telefon pasangan korang, tengok lokasi diorang di mana, buat panggilan video kalau tak percaya,” ujarnya.

Tambahnya, memeriksa telefon pasangan bukan bermaksud tidak saling mempercayai sebaliknya hanya sebagai langkah berhati-hati.

“Paling penting kena periksa telefon mereka, bukan sebab tak percaya cuma lebih berhati-hati. Kadang yang cakap lebih-lebih ni, perangai pasangan dia lagi teruk,” katanya.

Abang Tesla juga meninggalkan pesanan kepada lelaki untuk tidak berasa diri itu adalah yang terbaik tetapi beristiqomah bersama pasangan.

“Yang lelaki jangan rasa terpaling baik tapi kita istiqomah bersama-sama. Yang mana dah melalui fasa berkahwin dua, laksanakan tanggungjawab elok-elok.
“Jangan saling nak salahkan orang lain atau salahkan pasangan,” kongsinya.

Terdahulu, Abang Tesla telah bernikah dengan isteri pertama, Nur Majdina pada tahun 2018 selepas menjalinkan hubungan dengannya selama 13 tahun.

Namun begitu, sekitar Ogos lalu dia telah berkahwin untuk kali kedua dengan restu isteri pertamanya namun mendapat kecaman teruk daripada netizen.

Isu menjadi semakin hangat apabila Abang Tesla membuat kenyataan bahawa isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai.

Oleh kerana pempengaruh itu mempunyai ‘pengalaman’ yang sama seperti Alif, maka para netizen memintanya untuk mengulas mengenai perkara itu.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir warga maya yang berpendapat bahawa perkahwinan Abang Tesla lebih baik daripada perkahwinan Alif.

Ini kerana, menurut warganet, sekurang-kurangnya Abang Tesla melakukan majlis pernikahannya di Malaysia, tidak seperti Alif yang didakwa berkahwin di Songkla, Thailand.

Sumber: Instagram Abang Tesla

The post Sama-sama ada dua isteri, Abang Tesla ulas isu Alif Teega appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/kq4cXK8
sumber : ohmymedia.cc

No comments