Header Ads

Shuib tampil minta maaf, janji bayar tunggakan caruman KWSP secara ansuran

Selebriti dan juga usahawan terkenal, Shuib Sepahtu akhirnya menjawab dakwaan surat layang mengatakan bahawa dia tidak membayar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) stafnya walaupun potongan gaji telah dilakukan.

Akui perniagaan sedang diuji

Menerusi video penjelasan yang dibuat Shuib, dia akui bahawa syarikat perniagaannya mengalami sedikit masalah melibatkan pengurusan lama.

“2023 bukanlah tahun yang baik untuk industri makanan dan minuman (F&B). Saya mengaku jualan kami merudum hingga tidak dapat mencarum KWSP bagi pekerja.
“Cuma, apabila surat layang dikeluarkan, ia kelihatan seolah-olah kami langsung tidak ambil tahu soal caruman KWSP pekerja
“Saya hendak beritahu, sebenarnya, dari awal tahun ini, kami sudah berhubung dengan KWSP dan memaklumkan kepada pegawai badan itu mengenai situasi yang berlaku.
“Kami tahu ada tunggakan sebanyak ini di mana kami tidak boleh bayar sekaligus,” menurutnya.

Shuib baru ambil alih sepenuhnya perniagaan akhir tahun lalu

Ujarnya lagi, dia dan rakan kongsi telah mengambil alih sepenuhnya perniagaan Bubble Bee pada November tahun lalu dan sedang menyelesaikan masalah yang berlaku pada pengurusan sebelumnya.

Tambah Shuib, dia sebelum ini sememangnya sudah membuat rundingan bersama pihak KWSP bagi membolehkan syarikat melunaskan bayaran tunggakan caruman secara ansuran.

“Kami akan bayar kerana itu kewajipan sebagai majikan. Alhamdulillah, kami ada buat pembayaran, banyak juga yang sudah dijelaskan. Cuma, kami masih menunggu keputusan mengenai berapa kali bayaran ansuran yang dibenarkan,” katanya.

Shuib mohon maaf & akan selesaikan permasalahan tersebut

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad, 39, menyatakan yang dia memohon maaf kepada kakitangan yang sudah berhenti dan akan sedaya upaya menyelesaikan permasalahan tersebut.

“Saya ingin beri pujian kepada pekerja yang masih setia dan faham atas apa yang berlaku kepada syarikat sekarang,” katanya.
Diakhir video berkenaan, penyampai radio Suria FM itu mengatakan bahawa sepanjang tiga tahun waktu genting termasuklah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya tidak pernah memotong gaji staf Bubble Bee.
“Walaupun kami lalui saat genting akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), syarikat tidak pernah potong gaji pekerja. Kami juga tidak pernah lari daripada bayar gaji sampai hari ini,” katanya.

Artikel lain: Individu kongsi surat terbuka, dakwa Bubble Bee tak carum KWSP & lambat bayar gaji

Terdahulu, ‘surat layang’ yang menyatakan bahawa pengurusan Bubble Bee tidak membuat caruman KWSP kepada pekerjanya walaupun potongan gaji dibuat telah heboh diperkatakan.

Susulan daripada itu, media sosial Shuib telah diserang netizen yang mempertanyakan perihal isu tersebut. Namun, dia memaklumkan akan memberikan kenyataan penuh apabila bersedia.

Sumber: Instagram shuibsepahtu 

The post Shuib tampil minta maaf, janji bayar tunggakan caruman KWSP secara ansuran appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/hF4XGmN
sumber : ohmymedia.cc

No comments