Sikap pentingkan kebersihan tandas bentuk disiplin murid
Kebersihan adalah tanggungjawab bersama! Sudah tentu kita mahukan sebuah tandas yang bersih agar lebih selesa untuk menggunakannya terutama di rumah, sekolah atau tempat kerja.
Namun begitu, kita perlu menerima realiti dimana kebanyakan tandas awam mempunyai tahap kebersihan yang kurang memuaskan.
Meskipun pelbagai kempen telah dijalankan, namun ia masih dianggap gagal oleh kerana sikap tanggungjawab segelintir rakyat masih rendah.
Ini kerana mereka sangat bergantung kepada tukang cuci tandas demi memastikan tandas sentiasa bersih walaupun perkara itu sepatutnya boleh dilakukan diri sendiri.
Maka, kesedaran perlu diterapkan bermula dari generasi muda terutama menerusi pendidikan di sekolah, contohnya murid didedahkan kepada kepentingan memastikan tandas sentiasa bersih.
Antara perkara asas yang perlu murid ketahui adalah menutup saluran air dengan betul bagi mengelak pembaziran disamping perlu mengepam tandas selepas selesai menggunakannya.
Selain itu, penyediaan tong sampah di dalam tandas juga perlu bagi mengelakkan murid membuang sampah seperti tisu dan tuala wanita di lubang tandas atau sinki yang akan mengakibatkan saluran air tersumbat.
Guru juga mempunyai peranan yang besar dalam memberikan pendedahan kepada murid khususnya semasa perhimpunan setiap minggu bagi memastikan mereka sentiasa mengingati tanggungjawab masing-masing.
Pada masa yang sama, murid juga perlu dididik setiap masa untuk memastikan kebersihan tandas dengan mengadakan kempen tandas bersih secara berkala.
Contoh terbaik adalah negara Jepun yang mendidik muridnya untuk membersihkan ruang sekolah selain menjadikan pembersihan tandas sebagai kerja sosial atau hukuman tindakan disiplin.
Natijahnya, tandas yang kotor bukan sahaja memberi imej yang buruk kepada sekolah namun lebih membimbangkan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.
Dalam pada itu, masalah pencemaran bau juga boleh menyebabkan murid berasa tidak selesa semasa sesi pembelajaran mereka.
Sikap mementingkan kebersihan tandas akan membentuk diri murid untuk sentiasa menghargai kebersihan walau di mana mereka berada, malah akan terus menjadi amalan apabila mereka meningkat dewasa kelak.
Usaha ini antara langkah ke arah menyediakan ruang pembelajaran selesa, bahkan mampu melahirkan generasi bertanggungjawab yang menghargai harta awam dan pengorbanan kerajaan.
The post Sikap pentingkan kebersihan tandas bentuk disiplin murid appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/7K0gCbp
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment