“Tiada RM50,000 sebulan, saya tidak boleh jalani kehidupan seharian” – Iqbal Zulkefli
Usahawan sensasi yang juga pempengaruh, Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan dirinya memperuntukkan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk komitmen hidupnya.
RM50,000 sempurnakan perbelanjaan bulanan Iqbal Zulkefli
Menerusi hantaran di Instagram story, pelatun lagu Hujan itu mengakui kehidupan sehariannya tidak sempurna sekiranya tiada wang ringgit sebanyak RM50,000.
Oleh itu, Iqbal berkata dia perlu bekerja keras untuk menanggung keperluan dan kehendak dirinya bukan ditanggung mana-mana individu.
“Basic komitmen saya setiap bulan tidak kurang RM50,000 sejak lima tahun lepas. Tiada RM50,000 sebulan saya tidak boleh jalani kehidupan seharian.
“Sendiri kerja tiada pernah ditanggung siapa. Ini pun bukan untuk saya sendiri sepenuhnya. Belum termasuk barang kehendak,”tulisnya.
Iqbal juga turut menyertakan jumlah bil elektrik pada bulan November yang mencecah hampir RM1,700 serta menyatakan perbelanjaan susu anak angkatnya, Ahmad Ziyad sahaja sudah ‘beribu’ jumlahnya untuk sebulan.
Penjelasan tersebut dibuat usahawan berusia 29 tahun selepas netizen membuat perbandingan harga mengenai beberapa barangan perabot rumah yang dijual Iqbal Zulkefli, baru-baru ini.
Menurut hantaran dimuat naik Iqbal, terdapat segelintir warganet menyifatkan barangan rumah yang dijual oleh Iqbal setaraf dengan jualan seperti di platform e-dagang.
Jelas Iqbal, setiap barangan yang dilihat warganet mungkin sama seperti yang mereka lihat, namun tidak baginya kerana dirinya membeli pada harga jauh lebih tinggi.
Iqbal berkata, dirinya boleh menunjukkan resit pembelian jika mereka tidak percaya, selain menegaskan dirinya menjual barangan tersebut kerana sudah tidak mahu menyimpannya lagi.
“Saya jual bukan dapat untung, cuma saya tidak mahu simpan. Kalau saya tawar percuma, semua berebut dan ramai ambil kesempatan. Biasa satu minit muat naik, terus orang bayar. Jadi, kalau siapa serius mahu beli, terus buat bayaran ya,”maklumnya.
Artikel lain: Selamba sambung baca surah, Iqbal Zulkefli rupanya hafal al-Quran sejak usia 14 tahun
The post “Tiada RM50,000 sebulan, saya tidak boleh jalani kehidupan seharian” – Iqbal Zulkefli appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/6rchHsX
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment