Header Ads

Watie dedah Shuib pernah marah bibik, alihkan baju terakhir arwah Siti Sarah

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan suaminya pernah memarahi pembantu rumah kerana mengalihkan baju terakhir yang dipakai Allahyarhamah Siti Sarah.

Pendedahan itu dibuat menerusi hantaran Insta Story miliknya baru-baru ini.

Watie dedah, Shuib marah bibik…

Pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, pakaian itu sering dibawa oleh suaminya ke mana-mana sahaja dia pergi sebagai pelepas rindu terhadap arwah yang meninggal dunia dua tahun lalu.

“Ini pakaian terakhir arwah. Daddy (Shuib) bawa ke mana pergi.. dia pegang, dia cium. Setiap kali buka almari mesti akan nampak.
“Pernah bibik baru yang tak tahu ni baju arwah (Siti Sarah), dia alihkan.. sekali bibik kena marah,”dedah Watie.

Watie Shuib

Shuib terbangun, menangis mimpi arwah Siti Sarah

Ceritanya lagi, Shuib atau nama sebenarnya Shamira Mohamad pernah terjaga dari tidur dan menangis selepas bermimpi memanggil arwah Siti Sarah, namun tidak mendapat balasan.

“Kadang pukul 4 pagi, tiba-tiba dia terbangun dan nangis. Kita tanya kenapa, dia kata dia mimpi panggil arwah tapi arwah tak datang. Dia rindu sangat, sampai la ke siang dia terus tak tidur balik,”katanya.

shuib watie

Artikel lain: Watie tak cemburu kalau Shuib rindu arwah Siti Sarah – “Syukur Allah tak letak rasa macam tu”

Shuib marah sebab pelupa..

Sementara itu, Watie turut mendedahkan kebiasaannya kena ‘marah’ tanda manja dan sayang terhadap dirinya yang tidak dapat dipisahkan dengan sifat pelupa.

Untuk rekod, pasangan ini dinikahkan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya pada 23 Jun lalu.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19 dan meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Sumber: Instagram @iamwatie

The post Watie dedah Shuib pernah marah bibik, alihkan baju terakhir arwah Siti Sarah appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/uryMLRg
sumber : ohmymedia.cc

No comments