Agenda Pendidikan Manusiawi jamin tiada kanak-kanak tercicir dalam pelajaran
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menekankan matlamat Agenda Pendidikan Manusiawi yang memastikan tiada golongan kanak-kanak tercicir dalam mencapai akses kepada pendidikan berkualiti.
Ia juga sejajar dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 (PPPM) di bawah Aspirasi Murid dan Aspirasi Sistem iaitu Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan.
Agenda Pendidikan Manusiawi
Foto: Harian Metro
Malah, sistem pendidikan yang memfokuskan kemanusiaan dapat membentuk generasi pembangun negara selain bersandarkan kepada pembangunan serta kemajuan sesebuah negara yang ditentukan oleh rakyatnya.
Bagi memantapkan lagi konsep itu, inisiatif KPM adalah dengan meningkatkan akses dan kualiti pendidikan untuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).
Artikel lain: KPM tingkatkan akses pendidikan berkualiti kepada MBPK
Antara inisiatif berjaya dilaksanakan adalah Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) iaitu selari Matlamat Pembangunan Lestari 4 (SDG 4) dalam memastikan pendidikan inklusif berkualiti dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua memastikan semua murid menamatkan persekolahan rendah dan menengah menjelang 2030.
Foto: FB Nasrah Yang
SBJK adalah sekolah khas yang ditubuhkan untuk memenuhi aspirasi sistem dan aspirasi murid selaras konsep yang dibangunkan UNESCO, iaitu pendidikan bagi semua (EFA).
Kanak-kanak SBJK dan Program SBJK adalah:
- Kanak-kanak warganegara Malaysia atau anak kepada salah seorang ibu bapa berstatus warganegara Malaysia dalam kelompok tercicir berpanjangan daripada keluarga miskin tegar
- Kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri iaitu sijil kelahiran atau kad pengenalan
- Kanak-kanak jalanan dan terpinggir dan yatim piatu yang tinggal di pusat kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Mula beroperasi pada 19 Ogos 2013 di Chow Kit, SBJK adalah salah satu usaha untuk menyediakan akses kepada pendidikan formal dalam persekitaran yang kondusif untuk kanak-kanak jalanan dan terpinggir di bandar.
Pemilihan murid SBJK Chow Kit Kuala Lumpur adalah berfokuskan kepada kanak-kanak warganegara jalanan dan terpinggir di sekitar ibu negara.
Bagi murid Program SBJK Kota Kinabalu Sabah, ia terdiri daripada kanak-kanak yang tercicir berpanjangan daripada keluarga miskin tegar untuk mendapatkan pendidikan.
Sementara itu, 17 Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang terdapat di 11 negeri pula bermatlamat menyediakan pusat pembelajaran kondusif bagi murid yang menerima rawatan di hospital.
Foto: FB Selayang Hospital
Ia menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada murid yang mempunyai masalah kesihatan serta menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan berstruktur dalam persekitaran yang kondusif.
Objektif SDH juga bagi merangsang murid terus belajar dan menggalakkan pertumbuhan psikososial yang normal serta membantu dalam proses penyembuhan.
Silibus program SDH adalah menyeronokkan dan fleksibel dalam persekitaran kondusif sebagai salah satu terapi yang dapat membantu proses penyembuhan kepada masalah kesihatan dialami murid.
Foto: FB Selayang Hospital
Selain itu, KPM juga sedang bersedia mewujudkan pelan transformasi strategik baharu untuk diteruskan selepas PPPM berakhir dan sejajar dengan kurikulum baharu yang dirancang.
Pelan baharu ini akan merangkumi konsep MADANI dan dengan SDG 4 ia akan menjadi sebahagian daripada konstruk sekali gus dapat memupuk murid yang bermoral serta berdaya saing di peringkat global.
Negara amat menitikberatkan penerapan nilai-nilai etika dan moral dalam diri murid bagi membentuk individu berakhlak mulia yang bukan saja cemerlang dalam bidang akademik malah turut menyumbang secara positif kepada masyarakat.
Ia bertujuan mewujudkan individu yang serba lengkap bukan sahaja kompeten dari segi akademik, bahkan warganegara yang bertanggungjawab dari segi moral serta etika.
The post Agenda Pendidikan Manusiawi jamin tiada kanak-kanak tercicir dalam pelajaran appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/U4yawOp
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment