Bajet MAIWP 2024, bantu kurangkan golongan asnaf di Wilayah-Wilayah Persekutuan
Anggaran perbelanjaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tahun hadapan dijangka meningkat 11.31 peratus kepada RM1.605 bilion.
Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata peningkatan itu turut merangkumi perbelanjaan agihan sebanyak RM1.305 bilion.
Foto: Harian Metro
Katanya, MAIWP memperuntukkan sejumlah dana besar bagi Perbelanjaan Agihan, Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan Wilayah-Wilayah Persekutuan.
“Bagi Bajet Rahmah Madani, lima outcome telah ditetapkan selari dengan Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 iaitu Kesejahteraan Asnaf, Pendidikan, Transformasi Digital, Sistem Penyampaian dan Pemerkasaan Aset Ummah.
“Bagi mencapai outcome itu, MAIWP memberi fokus intipati bajet kepada tujuh fokus utama iaitu Pemerkasaan dan Kesejahteraan Asnaf, Pemerkasaan Modal Insan melalui Pendidikan dan Pembangunan Digital MAIWP IR4.0.
“Selain itu, MAIWP juga memberi fokus kepada Promosi dan Program yang berimpak tinggi, Pengukuhan anak syarikat yang berdaya saing dan Pemakaian Piawaian Perakaunan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, selaras dengan hasrat Kerajaan bantu kurangkan golongan asnaf di Wilayah-Wilayah Persekutuan disamping menoktahkan kemsikinan tegar, Bajet MAIWP 2024 memperuntukan kepada dua fokus utama.
Fokus utama yang berada dalam perbelanjaan agihan itu adalah Pemerkasaan dan Kesejahteraan Asnaf serta Pemerkasaan Modal Insan Melalui Pendidikan.
Artikel lain: Perinci hala tuju muzium, Malaysia anjur Simposium Antarabangsa ICOFOM ASPAC
MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM1.058 Bilion bagi Pemerkasaan dan Kesejahteraan Asnaf yang diedarkan menerusi skim-skim bantuan zakat secara langsung dan tidak langsung.
Manakala, MAIWP memperuntukkan sebanyak RM246.75 juta bagi Pemerkasaan Modal Insan melalui Pendidikan yang diedarkan menerusi skim bantuan zakat berbentuk pendidikan, program pembangunan pendidikan dan pemerkasaan institusi pendidikan MAIWP.
Sementara itu, MAIWP juga telah memperuntukkan RM215.11 juta bagi perbelanjaan mengurus yang merangkumi aktiviti operasi dan pengurusan MAIWP pada tahun 2024.
Bajet MAIWP 2024 bantu kurangkan golongan asnaf
Foto: Kosmo Digital
Bagi Perbelanjaan Pembangunan pada tahun 2024 pula, MAIWP memperuntukkan RM85.44 juta dana bagi tujuan pembangunan merangkumi pembangunan hartanah, pembelian aset dan pelaburan bermanfaat kepada kesejahteraan ummah di Wilayah Persekutuan.
“Melalui pengumuman ini, MAIWP memberi komitmen penuh dalam aspek pemerkasaan dan kesejahteraan asnaf serta pembangunan ummah di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
“Ia dapat dilihat melalui komitmen MAIWP dalam menyediak Bajet Defisit berjumlah RM210.35 juta melebihi jumlah anggaran pendapatan yang disasarkan pada 2024,” ujarnya.
Malahan, MAIWP sentiasa mendengar keluhan golongan asnaf dalam mendepani cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang.
Oleh itu, MAIWP turut mengumumkan Insentif Khas MAIWP kepada golongan asnaf di Wilayah-Wilayah Persekutuan bagi tahun 2023.
“Seramai 30,000 orang akan menerima Bantuan Kewangan Bulanan sebanyak RM1,000, 4,800 orang penerima Bantuan Am Pelajaran IPT berjumlah RM500 dan 34,400 orang penerima Bantuan Am Persekolahan sebanyak Rm300.
“Bantuan ini akan mula disalurkan selewat-lewatnya pada 31 Disember ini,” kongsinya.
Pada masa yang sama, beliau juga berkata bantuan keperluan asasi akan dinaikan daripada RM150 kepada RM300 pada tahun 2024.
Pembayaran melalui e-wallet akan dikreditkan bermula 16 Januari 2024 secara berperingkat melibatkan perbelanjaan sebanyak RM108.7 juta setahun.
MAIWP mengumumkan Bajet MAIWP 2024: Melestari Rahmah Madani selepas mendapat perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
The post Bajet MAIWP 2024, bantu kurangkan golongan asnaf di Wilayah-Wilayah Persekutuan appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/MKuRgA3
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment