Balu Syed Danial alami trauma, kesan tragedi timpa suami 4 tahun lalu
Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati bahawa bekas pekerja IT, Yew Wei Liang bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Lebuhraya Utara Selatan empat tahun lalu.
Selepas lama berusaha mendapatkan keadilan allahyarham suami, balu mangsa iaitu Qistina Ayu Rozhan telah berkongsi kenyataan impak yang dibacakan di mahkamah tempoh hari di laman Instagram.
Kenyataan impak dibaca di mahkamah
Dalam muat naik tersebut, Qistina memaklumkan dia baru selesai berpantang pada 1 Ogos 2019 setelah melahirkan anak sulung selain menyambut ulang tahun kelahiran serta ‘anniversary’ pertama mereka sebagai suami isteri.
Namun, siapa sangka sembilan hari selepas itu dia mendapat khabar bahawa suami tercinta meninggal dunia disebabkan tindakan seseorang yang tidak bertanggunjawab.
“Kemarahan, kekecewaan, kesedihan, kemurungan dan kesedihan yang tidak tertanggung telah menjadi teman saya,” tulisnya.
Tragedi ganggu kesihatan mental, alami trauma
Wanita berusia 32 tahun itu menjelaskan, kesedihan yang dialami turut menganggu kesihatan mental apabila mengakui trauma lebih-lebih lagi ketika memandu kenderaan yang melalui lokasi kejadian tersebut.
“Tak terhitung hari saya sukar tidur kerana menangis memikirkan kejadian negeri yang berlaku.
“Saya alami trauma tiap kali memandu ke tempat kerja melalui jalan dimana suami dibunuh dan perkara tersebut bermain-main difikiran saya.” katanya.
“Anak saya sudah 4 tahun, dia tahu ‘daddy’ di syurga”
Sekelip mata sahaja dia kehilangan insan istimewa, bergelar seorang balu dan anak mereka, Sharifah Dian Malika menjadi yatim ketika usianya baru menginjak tiga bulan.
Walaupun kini puteri tersayang sudah berusia empat tahun dan tahu bahawa bapanya di syurga, namun masih ada rakan-rakan di sekolah bertanyakan mengenai keberadaan bapanya.
“Umur anak saya sudah empat tahun, dia tahu ‘daddy’ di syurga. Namun, itu tidak menghalangnya daripada menanyakan di mana ayahnya dan kenapa tidak bersama kami di saat kawan-kawannya bersama ayah masing-masing,” kongsinya.
Anak pasti akan layari internet untuk tahu punca pemergian bapa
Qistina juga memaklumkan bahawa anak perempuannya pasti akan mencari maklumat di internet untuk mengetahui punca kematian bapanya.
“Sukar untuk membayangkannya sebab saya tahu kena ceritakan kebenaran kenapa ayahnya meninggalkannya terlalu awal.
“Akan datang, pasti dia akan mencari maklumat di internet untuk mengetahui kenapa ayahnya meninggalkan dunia.
“Seperti diajar di dalam Islam, kita reda dengan ketentuan dan ujian Allah dengan melakukan terbaik bagi meneruskan kelangsungan hidup,” ujarnya.
Harap kejadian menimpa suami jadi pengajaran
Enggan lagi perkara seperti dialami allahyarham suami berulang, dia berharap hukuman yang sewajarnya dikenakan terhadap pembuli jalan raya.
“Saya letakkan harapan yang tinggi terhadap mahkamah dan undang-undang.
” Saya harap kes berkenaan menjadi pengajaran bagi menastikan adanya hukuman yang adil buat pembuli jalan raya.” katanya.
Untuk rekod, Syed Muhammad Danial maut selepas terbabit dalam satu pergelutan akibat perselisihan faham yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di KM 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran susur Bandar Baru Bangi.
Susulan daripada itu, Yew Wei Liang, 41, telah dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun selepas didapati bersalah dalam kes tersebut.
The post Balu Syed Danial alami trauma, kesan tragedi timpa suami 4 tahun lalu appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/ay34riv
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment