Header Ads

Harris Alif sahkan Intan Ladyana hamil anak kedua

Pelakon Harris Alif tampil sahkan bahawa isterinya, Intan Ladyana hamil anak kedua selepas timbul spekulasi dalam kalangan netizen sebelum ini.

Memetik laporan mStar, namun Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi enggan mengulas lanjut berhubung kandungan tersebut.

“Ya, Intan sedang berbadan dua, usia kandungan rahsia,” katanya.

Pada masa yang sama, pelakon berusia 24 tahun itu memohon agar orang ramai menitipkan doa buat isterinya agar kehamilan kali ini dipermudahkan.

“Saya minta doa orang ramai supaya urusan keluarga saya ini dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah,” ujarnya.

Artikel lain: Berjaya siang ikan, anak Che Ta dipuji belajar dari usia awal

Tambah Harris, pengumuman berkenaan kehamilan isterinya itu akan diumumkan secara terperinci apabila sudah bersedia nanti.

Aktor filem Mami Jarum Kembali itu juga menyatakan banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum mereka melakukan sebarang pengumuman.

“Bila sampai masa, saya dan Intan sendiri akan beritahu. Sekarang belum masanya lagi. Ini kerana ada benda-benda yang kena bagi steady dulu,” jelasnya.

Terdahulu, tular satu video pendek di media sosial yang memaparkan isterinya yang juga aktres kelihatan sedikit berisi seolah-olah sedang berbadan dua.

@harrisaliff

MashaAllah Cantiknya❤ #intanladyana #harrisalif #fypage #foryourpage #foryou #fyp #fypp #foryou #foryourpage

♬ PELENGKAP IBADAHKU – Tri Suaka

Sekadar info, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Evie Khadeeja yang berusia setahun.

Sumber: mStar (Nazrin Zulkafli), Instagram & TikTok Harris Alif

The post Harris Alif sahkan Intan Ladyana hamil anak kedua appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/Shr45gn
sumber : ohmymedia.cc

No comments