Hidayah terbuka soal jodoh, tak pilih yang kaya -“Cukup sayang seperti arwah Abam”
Balu kepada pelawak Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah menyatakan dirinya terbuka hati untuk menerima jodoh (kehadiran orang baharu) dalam hidupnya jika sudah ditakdirkan oleh-Nya.
Menerusi hantaran di aplikasi TikTok, Hidayah berkata dirinya menerima jika bertemu dengan jodoh yang terbaik membimbingnya.
Bagaimanapun, dia menegaskan Allahyarham Abam merupakan cinta pertama dan segalanya buat dirinya.
“Jika ada jodoh yang terbaik untukku, aku terima dan bimbing ku dijalan-Mu, Ya Allah.
“Cinta pertama dan cinta syurgaku suamiku,”tulisnya.
Tambah Hidayah, dia tidak meletakkan sebarang syarat ‘jodoh’ kepada mana-mana lelaki yang bakal menjadi suaminya kelak, terutama soal harta kekayaan.
Sebaliknya, cukuplah individu terbabit dapat menyayangi dirinya dan anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 4 tahun.
“Aku tidak memilih yang kaya, cukup sayang aku dan anaku aku seperti mana arwah suamiku (Allahyarham Abam) sayang terhadap diriku dan anakku.
“Al-fatihah suamiku tercinta, Syed Umar Mokhtar,”ujarnya.
Sebelum ini, Hidayah atau mesra disapa Dayah memberitahu hatinya masih belum terbuka untuk mencari pengganti arwah suaminya itu.
Ujarnya, meskipun ada yang mencuba nasib, namun dia masih belum bersedia untuk berkahwin lagi.
Ini kerana fokusnya kini menguruskan anak tunggal iaitu Hamzah dan perniagaannya.
“Sekarang ini Dayah memang sibuk sikit dengan dua perniagaan, kedai makan dan produk kecantikan dan Alhamdulilah anak pun semakin membesar dah empat tahun sekarang ini, keluarga banyak membantu saya.
“Sebenarnya kalau ada jodoh ke arah itu Dayah terima saja tapi sekarang ini Dayah nak besarkan Hamzah (anak), jadi buat masa ini belum terbuka hati lagi untuk terima orang baru,” kata Dayah.
Sekadar info, Hidayah dan arwah Abam mendirikan rumah tangga pada 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah,4.
Untuk rekod, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.
Sumber: TikTok @hidayah_hamzah, YouTube mStar Online Malaysia
The post Hidayah terbuka soal jodoh, tak pilih yang kaya -“Cukup sayang seperti arwah Abam” appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/HQ2akYo
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment