Header Ads

M Nasir antara penghibur Tamasya Anak Muda pada Januari ini

Sebuah gelombang revolusi budaya dalam bentuk festival muzik dan seni, konsert Tamasya Anak Muda bakal dipersembahkan di Jiospace, Petaling Jaya pada 5 dan 6 Januari ini.

Bukan sekadar persembahan muzik, ia juga menggabungkan kepelbagaian seni, budaya, dan aktiviti komuniti dalam semangat kerakyatan moden.

Acara dianjurkan oleh Luncai Emas ini akan menyaksikan bakat-bakat tempatan dalam satu platform seperti Leaism, Amir Jahari, Arish Mikael, Pitahati, Margasatwa, Satwo, Iqbal M., Fazleena & The Lasykar dan Jemput Dengar (DJ).

Tamasya Anak Muda, Pesta Jiwa Rakyat

Tamasya Anak Muda

Lebih mengujakan apabila komposer dan penyanyi legenda, Datuk M Nasir turut membawa karya-karya hebatnya sekali gus menghiburkan pencinta seni di atas pentas sama.

Foto: BERNAMA

Artikel lain: Gendang Pati ‘full house’, M Nasir sempat seloroh pasal konsert Aina Abdul

Bukan itu saja, terdapat juga Tamasya Sunburst Marketplace yang menyajikan jenama-jenama terkemuka, kedai-kedai
unik serta instalasi seni yang menarik selain muzik busking untuk dinikmati pengunjung.

Tamasya Sunburst Marketplace akan diadakan bagi kedua-dua hari tersebut di perkarangan luar festival ini yang boleh diakses secara percuma.

Manakala konsert hanya berlangsung pada Sabtu, 6 Januari dimana tiket boleh dibeli dengan harga RM207 melalui laman web www.jiotix.asia.

Acara ini turut dijayakan oleh Sunburst Store, Mercy Malaysia, SIAR dan Fung Keong serta disokong Yayasan Hasanah
dan ArtsFAS.

The post M Nasir antara penghibur Tamasya Anak Muda pada Januari ini appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/aFS8yXW
sumber : ohmymedia.cc

No comments