Header Ads

Makcik Kemboja menangis, sedih anak masih muda terpaksa ‘terjerat’ dalam kontroversi

Usahawan sensasi, Mariyah Yaakob, 47 yang dikenali sebagai Makcik Kemboja menangis, memohon maaf kepada anak lelakinya, Ezuan Hafsyam disebabkan terjerat sama dalam isu kenyataan ‘orang Melayu malas’.

Makcik Kemboja menangis, mohon maaf kepada anak

Menerusi hantaran di TikTok, Makcik Kemboja berkata anak lelaki tidak seharusnya terjebak dalam isu kontroversi tersebut kerana usianya masih mentah dan terlalu muda untuk menghadapi masalah kini. Dia bagaimanapun berharap agar Ezuan kuat menghadapi ujian hidup.

Dalam hantaran yang sama, dia juga menyifatkan apa yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah dan perlu kuat demi pekerja-pekerja yang memerlukan dirinya.

“Saya minta maaf pada Ezuan, anak saya sebab telah tarik awak dalam masalah ini. Saya minta maaf sangat-sangat pada Ezuan. Saya rasa tak sepatutnya tarik Ezuan di usia yang begitu muda dalam masalah ini.
“Tapi saya harap, Ezuan kuat dan Allah tahu apa yang tersirat dalam hati ibu. Saya kena kuat untuk anak-anak saya. Kena kuat pekerja-pekerja saya yang masih mengharapkan sumber rezeki daripada syarikat saya,”katanya.

makcik kemboja menangis

Tak boleh tidur malam fikir nasib anak

Dia juga mengakui tidak boleh tidur malam disebabkan memikirkan nasib anaknya yang terpaksa melalui tempias kecaman netizen dan masalah yang timbul disebabkan kenyataannya baru-baru ini.

Sambil menyeka air mata, wanita itu memeluk anaknya sambil menghadiahkan kucupan hangat seorang ibu.

“Ibu semalam takleh tidur, fikir kenapa aku jadi ibu.. anak aku, aku tarik dalam masalah. Dia terlalu muda untuk melalui semua ujian ini”luahnya.

makcik kemboja menangis

Makcik Kemboja kemudiannya ditenangkan oleh anak lelaki dan meminta agar tidak menyalahkan diri sendiri.

Ujarnya, dia tidak mahu melihat ibu bersedih dan akan sentiasa bersama dengannya pada setiap masa, tidak kira waktu susah atau senang.

“Saya kuat macam ibu, saya kan anak Mariyah. Ibu jangan sedih. Saya sentiasa dengan ibu.
“Kita akan lalui bersama, segala kebenaran itu akan terbukti nanti,”pujuknya.

makcik kemboja menangis

Dalam pada itu, dia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada para pelanggannya yang menghantar pesanan terus (DM) serta mendoakan dirinya agar terus kuat.

@mariyahholdings

madam kena kuat, ibu kena kuat ❤

♬ Sad – Enchan

Sebelum ini, media melaporkan Makcik Kemboja dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan memuat naik suatu pernyataan di aplikasi TikTok seakan mengapi-apikan masyarakat Melayu sekitar pertengahan November lalu dan didakwa mengikut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Selain Mariyah, anak lelakinya, Ezuan Hafsyam Mohd. Hisyam, 22 juga didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) serta boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Artikel lain: Kewangan syarikat terjejas, peguam dedah ‘business’ Makcik Kemboja diboikot

Ekoran kontroversi tersebut, perniagaan usahawan berketurunan Kemboja yang beroperasi sebagai syarikat jahitan pukal dikenali Mariyah Holdings Sdn. Bhd telah terjejas teruk akibat pandemik tempoh hari dan belum pulih sehingga kini ditambah kontroversi yang berlaku.

Sumber: TikTok @mariyahholdings

The post Makcik Kemboja menangis, sedih anak masih muda terpaksa ‘terjerat’ dalam kontroversi appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/4QVskUX
sumber : ohmymedia.cc

No comments