Neelofa simpati, bangga sikap Kaka Azraff lantang bersuara isu Palestin
Selebriti yang juga usahawan, Neelofa meluahkan rasa simpati akan nasib penyanyi Kaka Azraff susulan penamatan kontrak oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia Sdn Bhd kerana lantang bersuara isu Palestin.
Neelofa ketika ditemui OhMyMedia hari ini berkata, dia juga bersimpati dengan nasib pelatun lagu Bukan Hal Aku namun berbangga dengan sikap berani penyanyi tersebut.
“Semestinya saya kesian pada Kaka. Tapi, dalam masa yang sama saya berbangga kerana dia bersuara (mengenai isu Palestin).
“Bukan sahaja Kaka, contoh seperti pengasas kosmetik terkemuka antarabangsa, Huda Beauty sangat lantang bersuara di media sosial, sehinggalah ke hari ini.. masih kekal bersuara, tetap pegangan dan pendirian,”katanya.
Pun begitu, selebriti berusia 34 tahun mengatakan dirinya tidak terkejut apabila ramai netizen pro-Israel menyerang akaun Instagram Kaka di ruangan komen disamping menggesa Warner Music untuk menyingkirkan penyanyi itu.
Ujarnya, ia adalah lumrah netizen pro-Israel menyerang sesiapa sahaja individu, selebriti mahu pun jenama yang lantang bersuara membela nasib rakyat Palestin.
“Sesuatu (serangan netizen pro-Palestin) yang saya tidak terkejut sebab mereka juga melakukan perbuatan tersebut kepada orang lain,”kata Neelofa lagi.
Tambah pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, biarpun kontrak Kaka Azraff bersama syarikat rakaman Warner Music ditamatkan, namun dia percaya rezeki penyanyi itu akan lebih meluas pada masa akan datang.
Dalam perkembangan lain, Neelofa dilantik sebagai duta pertama kepada jenama hamilton oleh yoop kerana membawa gaya unik dalam berkongsi pengalaman dan perkembangan tumbesaran anak-anak kepada masyarakat.
Sebelum ini, Neelofa berkongsi dirinya tertekan sehingga menjejaskan bekalan susu badan kerana mengikuti perkembangan isu semasa Palestin yang cedera dan terkorban angkara Zionis Israel.
Dia juga sempat menitipkan pesanan buat para ibu di luar sana supaya menitikberatkan kesihatan mereka demi anak-anak.
Katanya, adalah tidak menjadi suatu kesalahan jika mereka mahu menyokong atau menyebarkan sesuatu kesedaran mengenai isu semasa Palestin. Namun, mereka ini haruslah berfikir mengenai nasib anak yang masih bergantung bekalan susu ibu.
Artikel lain: Neelofa akui tertekan, bekalan susu badan terjejas disebabkan isu semasa Palestin
Terdahulu, media melaporkan label Warner Music mengesahkan penamatan kontrak penyanyi, Kaka Azraff berikutan kelantangannya mengenai isu Palestin.
Dalam satu kenyataan berkata, label Warner Music sentiasa penyokong hak kebebasan bersuara dalam kalangan artis naungannya. Bagaimanapun, keputusan penamatan kontrak tersebut harus dibuat berhubung tindakan Kaka yang dikatakan telah menggunakan bahasa yang kurang ‘sesuai’.
The post Neelofa simpati, bangga sikap Kaka Azraff lantang bersuara isu Palestin appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/ZWUBCsM
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment