Header Ads

Personaliti dinamik & mudah didekati, Neelofa jadi duta pertama hamilton by yoop

Jenama utama untuk ibu bapa, hamilton by yoop dengan sukacitanya melantik selebriti popular Neelofa jadi duta pertama syarikat tersebut.

Neelofa yang terkenal dengan komitmennya terhadap fesyen sederhana telah dipilih sebagai wajah kempen ‘Enjoy Your Parenthood with Easy Everywhere’ hamilton.

Neelofa jadi duta pertama hamilton by yoop

Sementara itu, hamilton memilih kolaborasi ini bagi menunjukkan bahawa menjadi ibu bapa adalah pengalaman yang universal dan menyeronokkan yang patut dihargai serta diraikan.

Pelantikan ini juga sejajar dengan komitmen perkembangan anak yang moden dan bebas tekanan selain Neelofa mempunyai personaliti yang dinamik dan mudah didekati.

Artikel lain: Neelofa simpati, bangga sikap Kaka Azraff lantang bersuara isu Palestin

Sewaktu ditemui dalam sidang media di majlis pelantikan duta hamilton, selebriti berusia 34 tahun itu menyatakan keterujaannya dengan kerjasama tersebut.

“Saya berasa sangat gembira dengan pelantikan ini, dan lebih lagi saya teruja untuk berkongsi dengan ibu bapa di luar sana bagaimana produk berkualiti mampu menjadikan kehidupan seorang ibu bekerja seperti saya lebih mudah diurus dan perkalanan lebih menarik dan indah.
“Saya bersyukur atas kepercayaan yang diberikan dan berharap agar yang terjalin ini mampu memberikan kejayaan dan impak positif,” katanya.

Neelofa yang juga mempunyai dua orang cahaya mata merupakan duta yang terbaik bagi hamilton kerana orang ramai dapat mengaitkan diri mereka dengan kehidupan keibubapaan usahawan itu.

The post Personaliti dinamik & mudah didekati, Neelofa jadi duta pertama hamilton by yoop appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/C7upeia
sumber : ohmymedia.cc

No comments